‘Kembar’ Redza Rosli Minta Jangan Hina Ibu - Hiburan | mStar

‘Kembar’ Redza Rosli Minta Jangan Hina Ibu

Afiq (Kanan) dikatakan seiras dengan Redza Rosli.

GARA-GARA kenyataan disalahertikan, seorang doktor iaitu Mohd Afiq Md Nor yang dikatakan mempunyai wajah seiras pelakon Ku Kirim Cinta iaitu Redza Rosli menerima kecaman netizen.

Afiq, 25, berkata, tajuk yang dimuat naik dalam sebuah blog hiburan berbunyi 'Ibu Sendiri Turut Keliru' telah menjadikan dirinya sebagai mangsa buli di laman sosial.

"Saya tidak sangka perkara itu menjadi besar terutama bila netizen mula menghina ibu saya sebagai buta dan rabun kerana tajuk itu. Saya rasa marah dan sedih bila baca komen-komen tidak berhati perut itu.

"Tolonglah hentikan, Ibu saya tidak bersalah dalam hal ini, saya harap netizen tidak melemparkan kata-kata kesat, kutuk sahaja saya bukan ibu," ujarnya kepada mStar Online.

Jelas Afiq dia menerima lebih 200 komen berbaur hinaan terhadap ibunya di laman-laman sosial, malah perkara itu turut menjejaskan fokusnya terhadap kerjayanya sebagai doktor.

Afiq turut terlibat dalam drama Shh... I Love You. Foto Instagram @nizamzakaria

Kenyataan awal telah disalah tafsir oleh sebuah portal hiburan, namun sudah dibetulkan oleh media berkenaan. Bagaimanapun, artikel itu telah dikongsi oleh beberapa blog hiburan lain.

Katanya, sebagai orang yang berada di luar industri hiburan, dia mengakui terkesan dengan perkara yang dianggap terlalu peribadi.

"Saya bukan artis dan saya juga tidak bersedia jika keluarga saya dikecam seperti itu, jika saya seorang sahaja tidak mengapa.

"Disebabkan perkara itu juga saya terpaksa mengyahaktifkan akaun Instgaram saya buat sementara kerana tidak mahu gangguan netizen," ujarnya.

Pemuda yang bertugas sebagai doktor pelatih di sebuah hospital kerajaan ini mendapat perhatian peminat Redza Rosli kerana mempunyai wajah seiras dengan aktor itu.

Dia turut diundang sebagai pelakon membawakan watak doktor dalam sebuah drama berjudul Shh... I Love You.

Redza Rosli , Afiq

Artikel Sebelum

“Jangan Risau Saya Okey” - Roslan Saleh

Artikel Berikut

Shahir Hilang Lagi?

Artikel Lain

Manchester United terbuka jual Lukaku