Aliff Syukri, Sajat Jadi Penyanyi Pula

Peminat tidak sabar mahu mendengarkan lagu terbaharu Aliff Syukri dan Nur Sajat. Foto Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

PENGASAS kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri melangkah setapak lagi dengan penghasilan single terbaharu duet bersama usahawan, Nur Sajat.

Menerusi posting di laman Instagramnya, Aliff ada memuat naik video dia sedang merakamkan lagu terbaharunya itu di studio rakaman milik komposer Edry Abdul Halim.

Aliff berkata, lagu ini dihasilkan dalam masa enam bulan dan melalui pelbagai cabaran sepanjang penghasilannya.

Aksi disebalik tabir rakaman lagu terbaharu nyanyian Aliff Syukri dan Sajat.

"Secara jujurnya agak susah untuk menghasilkan lagu ini, bayangkan sudah hampir enam bulan nak selesaikan benda ini.

"Pelbagai cabaran saya lalui dan akhirnya siap juga lagu ini, dengan bisnes dan mana masa saya nak berlatih vokal," tulisnya di laman tersebut.

Menyebut mengenai single tersebut, Aliff masih belum mendedahkan tajuk lagu tersebut.

Ia mengisahkan tentang kekasih yang menjaga hubungan supaya pasangan mereka tidak berlaku curang.

Adakah lagu ini bakal tular seperti lagi I Am Me nyanyian Datuk Seri Vida?

"Lirik lagu ini ilhamkan untuk mereka yang sedang bercinta dan berkasih sayang, supaya tidak berlaku curang kepada pasangannya.

"Tak sabar rasanya nak upload muzik video lagu ini di YouTube serta dimainkan di televisyen dan radio.

"Semoga lagu ini dapat menceriakan hari anda yang mendengar," katanya.

Bercakap mengenai muzik video (MV) yang akan diarahkan oleh Yusry Abdul Halim itu, Aliff mendedahkan ia berkonsepkan antarabangsa dan bakal tular di Malaysia.

Sehingga kini, rakaman disebalik tabir itu menerima hampir 300,000 jumlah tontonan di laman Instagram.

Yusry bakal mengarahkan muzik video lagu tersebut.

Meskipun ada pengikut yang mengecam di laman tersebut, namun masih ada yang meninggalkan komen berasa teruja untuk mendengarkan suara nyanyian Aliff dan Sajat.

"Suara Datuk sedap. Cuma bila Sajat masuk je lagu dari sedap jadi tak sedap. Maaf tak ada niat nak kutuk cuma beri pandangan ikhlas," tulis akaun @_eidahhh.

"Saya beri 9/10 markah sebab mula-mula dengar dah sedap.. Bahagian lirik 'abg nk tegur insan tercinta' sedap sangat," kata @aifiqj pula.

Aliff Syukri, Nur Sajat

Artikel Sebelum

Shahir Hilang Lagi?

Artikel Berikut

‘Sweet’ Sangat Pun Kena - Ajak

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain

Awas, jangan 'syok' sangat korek telinga!

Rodriguez dalam radar Manchester United