suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nur Helena Ubah Hidup Hael Husaini

Kehidupan Hael berubah semenjak kehadiran Helena. Foto: AZMAN GHANI.

PENYANYI yang popular dengan lagu Jampi iaitu Hael Husaini lebih mengutamakan kehidupan dan masa depan anak angkatnya yang diberi nama Nur Helena.

Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 29, berkata kehadiran bayi perempuan itu banyak mengubah dirinya menjadi seorang yang lebih matang.

"Alhamdulillah, anak saya iaitu Helena telah banyak mengubah hidup saya sebanyak 360 darjah menjadi seorang yang lebih matang.

"Masa awal kehadiran Helena saya tak pernah terfikir hidup akan berakhir. Sekarang ini, saya sentiasa fikir masa depan dia.

"Kehidupan dia adalah keutamaan saya. Perjalanan hidup saya pun senang sahaja sejak ada dia," kata Hael kepada mStar Online.


Helena rezeki terbesar Hael terima pada tahun ini. Foto Instagram: @haelhusaini.

Hael mengambil Helena sebagai anak angkatnya pada bulan Mei lalu dan bayi itu sudah berusia enam bulan.

Tambah Hael, dia mempunyai pembantu dan keluarga yang akan menjaga Helena jika terpaksa berjauhan.

"Bila kerja dekat, saya akan bawa dia sekali. Sebab sekarang ini dia manja dengan saya.

"Tapi saya ada pembantu dan keluarga yang menjaganya jika saya terpaksa kerja jauh," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Hael berkata, dia mahu memberi fokus dan memperbaiki kelemahan nyanyiannya di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 32.

"Untuk minggu separuh akhir ini, saya akan cuba fokus untuk memperbaiki kelemahan dari segi nyanyian dan persembahan.

"Saya akan lakukan yang terbaik seperti penyokong harapkan. Kiranya nyanyian saya ini untuk memberi balik kepada mereka," katanya.

Peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 menyaksikan Hael mempertaruhkan lagu Jampi berentap dengan 29 buah lagu lain pada 12 November depan.

Hael Husaini

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain