suria

Kamal Adli Tempuh Banyak Dugaan - Fizo Omar

Fizo banga pencapaian Kamal dalam industri seni.

PELAKON dan usahawan Fizo Omar memberitahu banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi  sahabat baiknya aktor Kamal Adli sejak dia mengenalinya kira-kira sepuluh tahun lalu.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizul Wan Omar, 32, turut mendedahkan bahawa mereka pernah keluar "dating" bersama-sama sewaktu zaman menyertai pertandingan Hero Remaja tahun 2007 lalu.

"Memang banyak cabaran yang kau harungi terutama sekali dalam hubungan cinta. Dari zaman hero remaja, masa kau bercinta dengan... lagi.

"Dulu kita dating sama-sama bro, sekarang aku dah nak jadi bapa, sikit hari saja lagi," tulisnya di instagram pada Sabtu. 

Fizo dalam tulisannya itu juga berharap Kamal diberikan hikmah disebalik dugaan yang dilaluinya itu.

Sementara itu, Fizo turut meluahkan rasa bangga dengan kejayaan Kamal dalam program Super Spontan Superstar 2017 malam Jumaat lalu.

Katanya, ia adalah hasil usaha keras aktor itu yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

"Aku ikut perkembangan kau setiap hari, bakat kau semakin menyerlah dan tidak sangka kau dapat kalahkan pelawak-pelawak lain yang bertanding.

"Aku bangga dengan kau kerana fokus betul-betul dengan apa yang kau nak. Juallah bakat kau selagi masih tertulis dalam bidang ini," ujarnya. 

Kamal Adli, Fizo Omar

Artikel Sebelum

Artikel Lain