Sara 'Clever Girl' Tak Peduli Persepsi Negatif - Hiburan | mStar

Sara 'Clever Girl' Tak Peduli Persepsi Negatif

Sara memberitahu kemenangannya adalah hasil daripada usaha kerasnya. Foto Instagram @tv3malaysia

JUARA Clever Girl Malaysia musim kedua iaitu Sara tidak terkesan dengan pandangan negatif masyarakat yang mempersoalkan ketelusan program tersebut akibat terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini.

Sebaliknya kata pemilik nama Sara Amelia Muhammad Bernard, 25, ini, kemenangan itu adalah hasil usaha kerasnya sepanjang bertanding sehingga bergelar juara.

"Alhamdulillah, akhirnya usaha saya berbaloi kerana sepanjang program ini berlangsung saya membuat persediaan rapi termasuk mengulang kaji.

"Kepada yang memberi pandangan negatif, cuba mereka berada di pentas itu, adakah mereka dapat menjawab soalan-soalan diberikan?

Sara Juara Clever Girl Malaysia Musim Kedua

Sara (kanan) juara Clever Girl musim kedua.

"Tekanan berada dalam Clever Girl Malaysia sangat tinggi dan saya sendiri susah nak maafkan diri sendiri jika tidak dapat jawab soalan yang mudah," katanya kepada mStar Online.

Peserta yang mewakili negeri Perak itu diumumkan sebagai pemenang pada pertandingan akhir yang bersiaran secara langsung pada malam Jumaat lalu.

Sara menewaskan tiga peserta lain iaitu Fadila (Negeri Sembilan), Shazana (Selangor) dan Hani (Perlis) sekali gus membolot wang tunai RM100,000.

Berkelulusan dalam bidang Asasi Psikologi Ekonomi dan Matematik, Sara berkata, dia merancang untuk menyambung pengajiannya selain bergiat aktif dalam program yang memperkasakan wanita.

"Saya akan menyambung pengajian selain bergiat aktif dalam program kewanitaan, sukan dan bidang seni," katanya.

Sara membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Terdahulu program itu mencetuskan kontroversi minggu lalu apabila seorang peserta dari Selangor iaitu Shazana menjawab sebelum soalan habis dibacakan.

Video itu menjadi tular dikalangan netizan yang marah dan mempersoalkan ketelusan program uji minda itu.

Dalam pada itu, penerbit Clever Girl Malaysia, Shazreena Mohd Kassim menafikan dakwaan terdapat pilih kasih dan soalan bocor sepanjang program berlangsung.

Kata Shazreena, pihaknya sentiasa mengutamakan ketelusan dan mempunyai ahli jawatankuasa dalam menyediakan soalan.

"Kami tidak perlu untuk menjelaskan dakwaan tidak berasas itu kerana kami sentiasa mengutamakan integriti dalam program kami.

"Tiada pilih kasih atau soalan bocor seperti didakwa, seperti malam ini, soalan dipilih oleh peserta dan kami sendiri tidak tahu soalan mereka pilih," ujarnya.

Tambah Shazreena, pihaknya akan mengambil pandangan negatif penonton untuk memperbaiki program itu pada masa akan datang.

Sara , Clever Girl Malaysia , TV3

Artikel Sebelum

Amyra Rosli Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

6 pemimpin parti menghadap Agong

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin