suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Jangan Risau, Saya Dah Okey” - Yusof Haslam

Datuk Yusof Haslam kini dirawat di KPJ Tawakal - Foto Instagram Zed Zaidi.

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah Datuk Yusof Haslam memberitahu dia kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan KPJ Tawakal pada Khamis akibat keracunan makanan.

Yusof, 63, berkata, dia mengalami cirit birit dan muntah-muntah sejak dua hari lalu.

"Saya sudah semakin baik, jangan risau. Semalam keluarga bawa saya ke sini kerana sudah dua hari cirit-birit dan muntah-muntah sehingga badan jadi lemah.

"Alhamdulillah, hari ini rasa sihat... mungkin dapatlah keluar petang ini," ujarnya kepada mStar Online.

Yusof berkata, doktor turut menasihatkannya agar lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan.

Katanya, pada usia sebegini dia perlu menjaga kesihatan kerana mudah mendapat penyakit.

"Doktor nasihat agar saya tidak makan makanan yang pedas-pedas, biasalah sudah tua ini tidak boleh makan sembarangan.

"Walaupun saya fikir beberapa hari ini saya makan seperti biasa sahaja," ujarnya.

Kata Yusof, dia juga mengambil peluang di hospital untuk berehat dari tekanan kerja hariannya.

Yusof Haslam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain