suria

Aishah, Liza Hanim, Raja Azura Antara Peserta 'GV4'

Inilah barisan 12 peserta 'Gegar Vaganza' musim keempat. Foto IZZRAFIQ ALIAS

KUALA LUMPUR: Persoalan siapakah peserta musim keempat program popular Gegar Vaganza akhirnya terjawab apabila pihak Astro mendedahkan senarai itu pada Selasa. 

Seperti musim terdahulu, GV4 kali ini turut membuat kejutan apabila penyanyi yang popular menerusi lagu Janji Manismu iaitu Aishah diumumkan antara 12 finalis untuk musim terbaharu ini. 

Manakala pengacara dan pelakon popular, Raja Azura atau Kak Engku juga turut bertanding bersama empat lagi peserta wanita iaitu Liza Hanim, Syura, Haida dan Elyana. 

Enam peserta lelaki pula membariskan penyanyi iaitu Aqasha, Tia (Jinbara), Hazami, Ferhad dan Razlan (Kristal).

Peserta ini akan berentap untuk merebut RM100,000. Dari kiri; Tia (Jin Bara), Syura, Liza Hanim, Razlan (Kristal), Hazami, Haida, Elyana, Aishah, Raja Azura, Firman, Ferhad dan Aqasha.

Pada tahun ini juga menyaksikan penyertaan artis Indonesia yang pernah popular menerusi lagu Kehilangan iaitu Firman. 

GV4 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 29 Oktober ini secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. 

Ia juga turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata kesemua peserta kali ini mempunyai portfolio yang membanggakan ketika zaman kegemilangan mereka.

Liza Hanim. 

"Bagi memastikan penganjuran program Gegar Vaganza terus berbekas di hati peminat setia, pebagai kelainan bakal ditampilkan supaya lebih segar dan relevan.

"Saingan kali ini lebih sengit dan ini merupakan cabaran besar kepada pihak produksi Astro sendiri untuk menyenarai pendek barisan peserta pada musim ini," ujarnya.

Raqim ditemui pada sidang media program berkenaan yang diadakan di The Garden Theater di sini, Selasa. 

Dalam pada itu, Raqim berkata, format program berkenaan masih dikekalkan selain masih menggunakan juri profesional untuk menilai para peserta.

Raja Azura juga bakal berentap pada Gegar Vaganza 4.

Malah katanya, persembahan para peserta berdasarkan tema mingguan dan mengekalkan Datuk Ramli MS sebagai juri tetap manakala seorang lagi juri tetap akan diumumkan pada konsert pertama. 

Nabil Ahmad dan Jihan Muse pula masih mengalas tanggungjawab sebagai pengacara. 

Juara Gegar Vaganza musim keempat bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara. 

Manakala tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi. 

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua dan juara musim ketiga milik Azharina.

Gegar Vaganza, GV4

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain