suria

‘Bahara Emas’ Teater Percuma Dari SPRM

Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Rosminah Tahir bersama para pelakon 'Bahara Emas'. Foto SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha untuk mendekatkan diri dengan masyarakat melalui platform seni dengan pementasan teater Bahara Emas

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad agensi itu menggunakan pelbagai medium untuk menyampaikan mesej mengenai rasuah kepada orang ramai.  

"Teater ini adalah sumbangan SPRM untuk masyarakat dalam memberi kesedaran mengenai rasuah. 

"Saya juga mahu pastikan masyarakat turut serta bersama pihak kami dalam memerangi rasuah," katanya kepada mStar Online.

Farahdhiya antara pelakon Bahara Emas.

Beliau ditemui sewaktu majlis pelancaran teater berkenaan di Auditorium DBP, Kuala Lumpur, pada Isnin. 

Dzulkifli turut mengharapkan teater sulung anjuran SPRM ini akan mendapat sambutan luar biasa sewaktu dipentaskan nanti. 

Dalam pada itu, penulis skrip dan pengarah Bahara Emas, Rosminah Tahir berkata, teater ini berkisar mengenai kisah di era pemerintahan Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka ke-8.

Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

"Jalan ceritanya akan menampilkan elemen seperti rasuah, hasad dengki dan fitnah yang berlaku pada zaman itu. 

Tambahnya lagi, Bahara Emas menampilkan 50 pelakon termasuk Farahdhiya, Izzue Islam, Amar Asyraf dan Datuk Jalaluddin Hassan. 

Teater yang tidak mengenakan sebarang bayaran masuk ini turut menggunakan khidmat Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah sebagai pengarah muzik. 

Bahara Emas dipentaskan sempena Sambutan 50 Tahun SPRM. 

Ia kerjasama Ctra Production, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Istana Budaya dan Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara) ini akan dipentaskan di Auditorium DBP bermula 19 sehingga 22 Oktober ini.

SPRM, Bahara Emas

Artikel Sebelum

Cat Farish Trauma Nak Kahwin

Artikel Lain