suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elfira & Sufian Tunang Oktober, Kahwin Tahun Depan

Elfira mengesahkan bakal mengikat tali pertunangan dengan Sufian Suhaimi pada Oktober depan. Foto EBBY SAIFUL

KUALA LUMPUR: Pelakon Elfira Loy bakal melangsungkan pertunangan dengan penyanyi Sufian Suhaimi pada Oktober depan.

Bagaimanapun kata Elfira, 23, keluarganya masih belum menetapkan tarikh sesuai untuk mengadakan majlis tersebut namun memberitahu majlis itu akan diadakan di kediamannya yang terletak di Cheras.

"Insya-Allah saya dan Sufian akan melangsungkan pertunangan pada Oktober ini.

"Bagaimanapun tarikh untuk mengadakan majlis itu masih belum ditetapkan kerana keluarga kami berdua belum berkesempatan bertemu dan berbincang.

Sufian (tujuh dari kanan) dan Elfira (empat dari kanan) bergambar bersama ahli keluarga masing-masing.

"Tetapi yang pasti majlis itu akan diadakan di rumah saya di Cheras," katanya kepada mStar Online.

Elfira ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta produk, Maydan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Elfira berkata, mereka berkemungkinan akan disatukan sebagai suami-isteri pada tahun hadapan.

Pada Jun lalu, Sufian menghantar rombongan merisik Elfira selepas empat bulan berkawan rapat dan mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

Elfira Loy, Sufian Suhaimi

Artikel Lain