FFM29: Tiada Pengumuman Calon Bagi Elak Kontroversi - Hiburan | mStar

FFM29: Tiada Pengumuman Calon Bagi Elak Kontroversi

(Dari kiri) Pengarah Festival Filem Malaysia Ke-29 (FFM29), Mohd Zulkifli Abdul Wahab, Penasihat FFM29, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan Pengerusi Jawatankuasa Induk FFM29, Datuk Fauzi Ayob pada sidang media yang diadakan di Finas pada Selasa. Foto DARRAN TAN

KUALA LUMPUR: Penganjuran Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) bakal menyaksikan tidak akan ada sebarang pengumuman awal termasuk lima calon terbaik bagi setiap kategori dipertandingkan.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata, perubahan itu terpaksa dilakukan bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang kontroversi sekiranya calon diumumkan sebelum festival itu berlangsung.

"Tahun ini pihak FFM29 tidak akan mengumumkan calon-calon dalam setiap kategori dipertandingkan dan ia hanya akan diketahui pada malam anugerah itu nanti.

"Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kontroversi selain mahu semua penggiat seni hadir pada malam anugerah bagi mengetahui sendiri sama ada karya mereka tercalon dalam 'Top 5' atau pun tidak," katanya.

Mohd Khusairi ditemui pada sidang media FFM29 yang diadakan di Panggung Mini P. Ramlee, Finas pada Selasa.

Malam kemuncak FFM29 bakal berlangsung pada 23 September ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

FFM29 bakal berlangsung pada 29 September ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Bertemakan Transformasi Citra Karya, acara tahunan itu turut disiarkan secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Dalam pada itu, Mohd Khusairi memaklumkan sehingga kini mereka hanya menerima 42 penyertaan daripada penggiat seni untuk dinilai dan dipertandingkan pada FFM29.

"Kami menyasarkan 81 penyertaan namun sehingga kini kami hanya terima 42 penyertaan sahaja.

"Daripada jumlah keseluruhan itu ada juga filem yang masih belum ditayangkan di pawagam namun mereka masih layak bertanding," katanya.

Atas dasar itu juga kata Mohd Khusairi, pihak jawatankuasa FFM29 melanjutkan tarikh penyertaan sehingga 3 September ini bagi membolehkan penggiat seni menghantar pencalonan.

"Selepas tarikh itu barulah kami akan lakukan penilaian dan pihak kami akan adakan sidang media untuk memaklumkan jumlah kategori yang akan dipertandingkan," ujarnya.

FFM29

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

Arsenal mahu bincang dengan Ancelotti