‘Kembar’ Faizal Tahir Jangan Salah Guna Namanya - Hiburan | mStar

‘Kembar’ Faizal Tahir Jangan Salah Guna Namanya

Faizal tidak kisah pelawak tersebut nak membawa imej dan namanya.

PENYANYI Faizal Tahir berharap pelawak yang dikatakan mempunyai wajah seakan-akannya iaitu Joe Aziz tidak menggunakan kelebihan tersebut dengan cara yang salah.

Faizal atau nama sebenar Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 38, juga memuji Joe yang sentiasa membawa nama Faizal dengan baik biarpun bukan kehendak Faizal sendiri.

"Ada orang beritahu yang ada seorang pelawak ini mempunyai wajah yang seakan-akan saya. Tapi saya tidak ada masalah jika ada yang mengenali atau melihat dia sebagai saya.

"Cuma saya harap dia tidak menggunakan kelebihan itu dengan cara yang salah sehingga menjatuhkan nama saya.

Wajah Joe Aziz (kanan) dikatakan seiras dengan Faizal Tahir. 

"Buat masa ini tak dengar lagi benda yang buruk tentang saya, jadi maknanya dia membawa imej dan wajah saya dengan baik," kata Faizal kepada mStar Online.

Terdahulu, menerusi laporan mStar Online pada 3 Ogos lalu, Joe memberitahu ramai orang salah faham dengan wajahnya dan Faizal Tahir kerana wajah mereka seiras.

Dek kerana itu, macam-macam masalah dihadapinya apabila dia sering kali menjadi tumpuan ataupun dikerumuni orang ramai.

Sementara itu, selaku duta program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), Faizal menyeru golongan belia yang belum ada pekerjaan untuk hadir ke program temu duga terbuka yang dianjurkan pihak SL1M dengan kerajaan Melaka. 

Menurut penyanyi lagu Assalammulaikum ini, program tersebut adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu generasi Y yang memerlukan sumber pendapatan. 

Empat selebriti ini akan berkongsi pengalaman mereka bekerja dalam industri di program temu duga terbuka SL1M. 

"Program temu duga terbuka ini adalah peluang untuk golongan belia yang masih belum mempunyai pekerjaan.

"Malah ia salah satu inisiatif yang dilakukan kerajaan untuk menolong anak-anak muda yang masih mencari-cari syarikat yang bersesuaian dengan kemahiran mereka," ujarnya.

Selain Faizal, selebriti yang turut terlibat dalam program tersebut ialah kumpulan zero, SonaOne, Joe Flizzow, Altimet dan Syamel. 

Mereka akan membuat persembahan dan akan berkongsi pengalaman juga motivasi.  

Ia akan diadakan pada 26 dan 27 Ogos depan di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayeh Keroh.

Faizal Tahir , Joe Aziz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini