suria

Produser Perlu Sepakat Banteras Rasuah Stesen TV

Samad Kasah (duduk tiga dari kiri) mengesahkan borang ikrar banteras rasuah yang ditandatangani sebahagian penggiat seni.

AMPANG: Produser drama di negara ini perlu bekerjasama dalam menyalurkan maklumat jika benar-benar mahu membanteras rasuah melibatkan individu di stesen televisyen.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Samad Kasah berkata, dengan cara itu amalan duit tepi yang dibangkitkan persatuan dapat diselesaikan.

"Produser kena bersatu hati jika benar-benar mahu hentikan rasuah. Mereka perlu bersedia melaporkan kepada SPRM," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog agensi itu dengan penerbit drama di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada selasa.

Ia sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) ke 10 bagi sesi 2017 - 2010.

Hadir sama presiden persatuan itu, Datuk Jurey Latiff Rosli.

Juery Latiff (duduk tiga dari kiri) bersama jawatankuasa baru PVTM bagj penggal 2017 - 2020.

Sesi dialog berkenaan diadakan susulan pendedahan persatuan itu mengenai amalan duit tepi melibatkan individu di stesen televisyen dalam meluluskan drama.

Menjawab satu soalan Samad berkata, pihaknya akan berhadapan masalah jika produser yang ingin membuat laporan enggan identiti mereka diketahui.

Ia mungkin disebabkan mereka bimbang akan hilang tawaran lain selepas laporan itu dibuat.

Namun begitu katanya, ada peruntukan undang-undang identiti setiap pemberi maklumat dirahsiakan.

Katanya, dalam hal ini SPRM tidak boleh memberi jaminan seseorang yang mendedahkan maklumat, masih mendapat tawaran penerbitan dengan sesebuah stesen televisyen.

Dalam perkembangan lain Jurey Latiff kekal memegang jawatan berkenaan tanpa bertanding dalam pemilihan yang diadakan.

Berikut ini senarai penuh Jawatan Kuasa PTVM bagi penggal 2017 - 2020.

Presiden: Datuk Jurey Latiff Rosli

Timbalan Presiden: Richard Ung

Naib Presiden: Datuk A. Aida

Setiausaha Kehormat: Yusof Kelana

Penolong Setiausaha: Taha Wahid

Bendahari: Datin Wendy Wong

Ahli Jawatan Kuasa

1. Shahrizan Md. Isa

2. Farid Khaleeque

3. Muktar Paduai

4. Omar Ahmad

5. Datuk TS Jeffry

6.  Zakaria Angsary

7. Arifful Ahmadi

Artikel Sebelum

Artikel Lain