suria

“Lain Kali Tegurlah Cara Berhemah” – Aziz M Osman

Aziz M Osman harap pelakon senior buat pendekatan lebih sesuai untuk menegur pelakon baharu.

PENERBIT Aziz M Osman menganggap kelantangan seorang pelakon senior yang menegur pelakon-pelakon baharu dengan gelaran 'kayu' sebagai tidak wajar.

Aziz berkata, cara aktor berkenaan menegur dengan kasar tidak akan memberi faedah kepada mana-mana pihak.

"Saya tegur kerana merasakan cara dia salah, dia sepatutnya lebih berhemah dan bukan menyerang mereka dengan bahasa kasar.

"Zaman sudah berubah, sepatutnya sebagai senior beri contoh yang baik dan bagi mereka rasa mesra untuk menuntut ilmu," ujarnya kepada mStar Online.

Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas status berbaur sindiran yang dikongsi di laman Twitter pada Isnin.

Status Aziz M Osman

Statut tersebut dipercayai membalas kenyataan pelakon Que Haidar yang sebelum ini menyelar pelakon-pelakon baharu sebagai kayu dan tiada inisiatif untuk mengambil kelas lakonan.

Tegur Pelakon 'Kayu', Bukan Kerana Cemburu - Que Haidar

Dalam pada itu, Aziz berpendapat, zaman berubah menjadikan ilmu sebagai perkara kedua yang mereka cari.

Status Que Haidar yang dikongsi pada pagi Sabtu menyelar pelakon baharu sebagai kayu.

"Saya tidak kata ilmu itu tidak penting, ia penting kerana semua perlu menuntut ilmu dalam bidang masing-masing tapi zaman sekarang ini ilmu sudah jadi nombor dua.

"Sekarang orang tidak belajar tinggi boleh jadi ahli perniagaan berjaya, boleh capai cita-cita, begitu juga dengan artis. Kalau kita cakap apa pun, mereka sudah kaya dan ramai pengikut sendiri,".

"Kita sepatutnya menarik minat mereka untuk menambah ilmu supaya menjadi lebih baik bukan cara menghentam mereka. Itu lebih membuatkan mereka berasa takut untuk menuntut ilmu," ujarnya.

Sementara itu, Aziz berkata, dia tidak berniat untuk memperbesarkan perkara ini, sebaliknya berharap pelakon-pelakon senior bersikap matang terutama dalam menjadi contoh yang baik kepada pelakon baharu.


Aziz M Osman, Que Haidar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain