suria

Video Vida Jadi Trending Di Youtube

Netizen puji lirik lagu I Am Me sesuai dengan diri Vida yang dilihat sentiasa yakin.

LIRIK video I Am Me nyanyian jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang dilancarkan pada Jumaat lalu berjaya mendapat lebih 100,000 tontonan Youtube sejak dimuat naik pada Jumaat.

Malah, video lagu ciptaan Edry Abdul Halim ini kini menjadi 'trending' di laman perkongsian video popular itu. Selain itu I Am Me juga menerima pelbagai reaksi daripada netizen. 

Ramai yang berpendapat ia sesuai dengan imej Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman.

Menerusi laman Instagram, Vida turut muat naik video pertama kali membuat persembahan secara langsung pada Sabtu.

Rata-rata netizen suka melihat usahawan berjaya itu menari dan ada yang berkata lagu tersebut membantu mereka menghilangkan tekanan.

Seperti biasa, sudah pasti ada juga segelintir yang tidak suka dengan meninggalkan komen negatif. Namun menurut Vida, dia tidak pernah kisah dengan kritikan yang dilontarkan kepadanya.

"Apa saya kisah orang nak kritik atau tak suka. Yang penting, saya gembira dengan apa yang saya lakukan.

"Saya sentiasa berani mengambil risiko dan saya pasti siapa yang mendengar senang hafal lirik dan boleh turut nyanyi bersama," kata Vida.

Muzik video penuh I Am Me secara rasmi dijangka boleh ditonton pada awal Ogos depan.

Datuk Seri Vida

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain