suria

Peminat Teruja Ansel Elgort Kini Di Malaysia

Ansel Elgort mempromosikan filem terbaharu Baby Drive di Malaysia.

BINTANG filem The Fault In Our Stars, Ansel Elgort menjadi perhatian apabila memuat naik foto bersama bendera Malaysia di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Aktor berkenaan memberitahu dia kini sudah berada di negara ini bagi mempromosi filem terbaharunya berjudul Baby Driver.

"Bangun tidur di Malaysia. Tayangan perdana filem Baby Driver esok di Pavilion," tulisnya.

Posting yang dimuat naik sejam yang lalu itu mendapat lebih 100,000 'like' dan kira-kira 1000 komen peminat yang kebanyakkan dari negara ini.

Rata-rata peminat mengucapkan selamat datang dan teruja untuk bertemu bintang filem tersebut.

Pelakon utama Baby Driver Lily James dan Ansel Elgort.

Selain Elgort, gandingannya dalam filem tersebut iaitu Lily James difahamkan akan mempromosikan filem Baby Driver di GSC Pavilion, dekat sini, malam Isnin.

Filem arahan Edgar Wright itu akan mula ditayangkan di seluruh Malaysia pada Khamis ini.

Baby Driver ini mengisahkan tentang seorang lelaki iaitu Baby yang dilakonkan oleh Elgort berhadapan dengan masalah untuk menamatkan tugasan terakhirnya dengan kumpulan penjenayah.

Baby perlu melakukan tugasan yang berbahaya demi keselamatan kekasihnya Deborah lakonan James.


Ansel Elgort, Baby Drive

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain