suria

Hafiz Hamidun Tidak Sedar Foto Seksi Isteri

Hafiz tidak dapat melihat foto Joy di Instagram gara-gara akaun dia disekat oleh isterinya.

GARA-GARA memuat naik foto di Instagram dengan berpakaian tidak sesuai imej sebagai wanita bertudung, isteri kepada penyanyi nasyid Hafiz Hamidun iaitu Joyrevfa atau Joy dikecam teruk oleh netizen!

Foto yang dimuat naik Joy pada Ahad lalu itu merupakan salah satu foto untuk promosi produknya, Merve

Rata-rata netizen berpendapat pakaian itu seksi kerana ia seolah-olah menampakkan bahagian dada walaupun dia memakai anak baju dengan kain warna kulit.

Sebagai suami, Hafiz Hamidun, 33, turut dikaitkan sama kerana imej isterinya itu.

Namun mengejutkan apabila Hafiz sendiri tidak mengetahui hal itu kerana dia turut disekat untuk menjadi pengikut di Instagram milik isterinya sendiri.

Justeru, mana mungkin Hafiz boleh melihat foto-foto dikongsi Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, 30, di Instagram.

Pakaian Joy dikatakan tidak sesuai dengan imej wanita bertudung dan status sebagai isteri kepada penyanyi nasyid. 

"Saya tak mengikuti Joy di Instagram, jadi saya tak tahu tentang foto tersebut.

"Malah, rasanya isteri dah sekat akaun saya di Instagram dan sebab itu saya tidak boleh lihat foto-foto yang dikongsinya. 

"Jadi, buat masa sekarang ini tak ada apa yang boleh saya komen," kata Hafiz ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Hafiz dan Joyrevfa berkahwin pada 1 Mei lalu di Shah Alam. Perkahwinan mereka antara yang mendapat perhatian netizen kerana rata-rata memuji Hafiz memilih seorang janda anak satu.

Hafiz Hamidun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain