suria

Alamak! Peminat #Fattzura #Lofattah Berbalah

Fattah (kanan) dan Fazura (kiri) kini berada di Thailand, bercuti bersama teman-teman. Foto Instagram @DashaSultan

OMG! (Oh My God)… adakah ini drama ataupun kenyataan apabila tiga selebriti yang dikaitkan bercinta berada di satu lokasi yang sama!

Netizen pula semakin ‘panas’ melihat situasi ini sedangkan Fattah Amin, Fazura & Neelofa seronok dengan percutian mereka.

Malam tadi, Fattah dan Fazura yang sudah beberapa hari tidak mengemas kini status Instagram telah memuat naik dua keping foto percutian bersama rakan-rakan yang menjadi perhatian netizen.

Fazura (tiga dari kiri) dan Fattah (tiga dari kanan) bersama teman-teman mereka di Koh Samui, Thailand. Foto Instagram @fattahaminz

Menerusi foto tersebut pasangan gandingan drama Hero Seorang Cinderella itu dipercayai bercuti di Koh Samui, Thailand.

Percutian itu turut disertai sembilan rakan rapat mereka.

Foto berkenaan menerima lebih 2,000 komen peminat Fattzura (Fazura dan Fattah) yang mana mereka turut berbalah sesama sendiri dengan kumpulan peminat drama Suri Hati Mr Pilot iaitu Lofattah (Neelofa dan Fattah).

Neelofa turut berkongsi gambar percutiannya di lokasi yang sama pilihan Fattah dan Fazura. Foto Instagram @neelofa 

Segelintir netizen mula berbalah tentang percutian berkenaan berikutan pengacara Meletop iaitu Neelofa yang turut berada di lokasi sama.

Neelofa yang bercuti bersama rakan-rakannya itu telah memuat naik gambar sejak empat hari lalu.

Sementara itu, seorang netizen juga mendakwa, pasangan yang digelar Fattzura itu bertolak ke Koh Samui pada tarikh yang sama.

Bagaimanapun, mereka telah membuat keputusan menukar penerbangan ke Bangkok sebelum ke Koh Samui selepas mengetahui bakal berada dalam pesawat yang sama dengan Neelofa.

Apa-apa pun, ketiga-tiga selebriti sensasi ini mungkin ada sebab tersendiri untuk bercuti di tempat yang sama ataupun ia secara kebetulan sahaja!

Selamat bercuti kepada Fattah, Fazura & Neelofa.

Fattah Amin, Fazura, Neelofa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain