suria

“Saya Panggil Dia Syu” - Azhar

Foto gadis yang dimuatnaik Azhar di laman instgramnya dengan kapsyen bersimbol hati (love) mengundang pertanyaan peminat.

ALAHAI... Nampaknya makan hati habislah awek-awek 'semalaya' lepas ni apabila penyanyi Azhar Osman memuatnaik sekeping gambar bersama seorang gadis cun di akaun Instagramnya.

Foto yang dimuatnaik pada Ahad mengundang pertanyaan netizen adakah gadis tersebut teman istimewa Azhar?

Lebih menjelaskan perkara tersebut, Azhar turut meletakkan kapsyen bersimbol cinta pada posting yang dimuatnaik itu yang sekali gus mengundang ucapan tahniah peminat dan rakan-rakan terdekatnya.

Lucunya, ramai yang mula mengusik nakal sambil berharap bekas penyanyi duo Azhael ini segera menjamu peminat-peminatnya dengan 'nasi minyak'.

"Ya, saya baru mengenali dia dua bulan lalu ketika dia menemani kakaknya di sebuah gelanggang badminton.

"Nama dia Norsyuhada tapi saya panggil Syu je dan dia kini sedang menuntut di Kolej Universiti SEGI, di Damansara," katanya kepada mStar Online.

Kata Azhar, dia mengenali Norsyuhada dua bulan lalu di gelanggang badminton.
  

"InsyaAllah akan diusahakan agar ada jodoh (ketawa)," katanya yang merancang untuk menamatkan zaman bujang pada usia 31 tahun di saat kedua-dua belah pihak sudah betul-betul bersedia.

Dalam perkembangan lain, kata pemuda berusia 29 tahun ini dia akan cuba memperlahankan aktiviti seninya kerana ingin memberi fokus untuk menyambung pengajiannya di peringkat sarjana.

Dalam waktu yang sama dia kini harus menyelesaikan beberapa urusan seni antaranya menjalani penggambaran drama selain mencari material dan demo sesuai untuk single terbarunya bersama Warner Music.

Kata Azhar, dia mengenali Norsyuhada dua bulan lalu di gelanggang badminton.
Azhar, Azhael

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain