Pelik Tak Nora Danish Beraya Rumah Bekas Mertua? - Hiburan | mStar

Pelik Tak Nora Danish Beraya Rumah Bekas Mertua?

Nora Danish akan tetap berkunjung ke rumah bekas mertuanya pada hari raya nanti. Foto FAIHAN GHANI

SUDAH mendirikan rumah tangga bukanlah satu halangan buat pelakon Nora Danish untuk berkunjung ke rumah bekas mertuanya pada sambutan hari raya nanti.

Kata Nora, dia tidak sesekali memutuskan silaturahim dengan bekas mertuanya malah telah menganggap mereka iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah sebagai ibu-bapanya.

Malah kata Nora, anaknya Putra Rayqal Ramli sangat rapat dengan datuk dan neneknya itu.

"Menziarahi bekas mertua adalah perkara harus dibuat setiap tahun kerana saya sudah anggap mereka seperti keluarga sendiri.

"Rayqal pula memang rapat dengan mereka jadi tiada sebab kenapa saya tidak boleh melawat walaupun saya sudah berpisah dengan anak mereka," katanya.

Nora teruja sambut Aidilfitri bersama suami. Foto Instagram @noradanish

Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Nora kemudian berkahwin dengan Nedim Nazri pada 30 Mac lalu.

Bagaimanapun kata Nora, dia akan menyambut hari raya dengan suaminya terlebih dahulu selain teruja dapat kembali meraikan lebaran sebagai isteri orang.

Malah kata Nora, dia dan Nedim bercadang untuk mengadakan rumah terbuka bagi meraikan kaum keluarga dan sahabat handai.

"Seperti kebiasaan saya akan sambut hari raya secara sederhana tetapi tahun ini ia akan jadi meriah kerana akan meraikan bersama suami.

"Kami akan berhari raya di rumah keluarga Nedim terlebih dahulu dan keluarga saya sebelum membawa Rayqal berjumpa dengan bapanya," kata Nora.

Nora Danish

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Menitis Air Mata Kerana 'Ikhlas'

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.