suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahniah Hafiz Suip, Lepas Setahun Akhirnya Berhasil

Hafiz Suip teruja kandungan isteri sudah memasuki 11 minggu. Foto Instagram @hafizsuip.

SIAPA yang tak cemas kalau dah setahun kahwin... tapi masih belum ada hasilnya?

Berkat usaha, akhirnya isteri Hafiz Suip iaitu Nureffy Jasreel Abdullah hamil juga. Kandungannya sekarang sudah masuk 11 minggu.

Kerana terlalu teruja dengan berita gembira itu, Hafiz, 27, telah berkongsi rakaman video semasa melakukan pemeriksaan kandungan isterinya yang dilakukan di Pusat Pakar Perubatan Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM) di Instagram

Sehingga pukul 4.00 petang Khamis, video berkenaan ditonton hampir 20 ribu kali.

Menurut Hafiz, biarpun kandungan isterinya itu masih awal, dia mahu berkongsi kegembiraan bersama peminat-peminatnya.

"Memang rasa sangat teruja apabila dapat tahu isteri mengandung pada beberapa minggu lalu. Kini usia kandungannya sudah memasuki fasa pertama.

Hafiz Suip berkongsi berita gembira ini menerusi laman Instagramnya. Foto Instagram @hafizsuip.

"Saya nak kongsi berita gembira ini dengan semua peminat sebab itu saya memuat naik video tersebut di laman sosial biarpun kandungan masih awal," kata Hafiz ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Tambah Hafiz lagi, selain isteri dia juga mengalami alahan yang teruk dan kerap muntah. 

"Alhamdulillah, alahan yang dialami Nureffy semakin hari semakin baik. Biasalah, pembawaan ibu mengandung yang sentiasa rasa mual.

"Malah, saya mengalami alahan dan muntah-muntah seperti dia. Sekarang saya perlu fikir tentang keadaan kesihatan dan menjaga makan minum isteri dengan baik," ujarnya. 

Mesti ramai yang tak sabar nak tahu jantina bayi sulung Hafiz Suip ini. 

Pernah dengar orang cakap Jika alahan dialami oleh si suami, ada kemungkinan bayi dalam kandungan adalah perempuan.

Hafiz Suip dan Nureffy berkahwin pada 14 Mei 2016 dan bayi sulung pasangan ini dijangka lahir pada penghujung tahun ini. 

Hafiz Suip

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain