suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gambar Cerita Segalanya... Malu-Malu Nampak?

Sedondon... Pasangan Erra Fazira dan Shahir kelihatan malu-malu apabila wajah mereka dirakamkan jurugambar. Foto Instagram @shahirzawawi88

KALAU dahulu pasangan ini nampak malu-malu nak berkongsi perasaan cinta tapi kali ini ia sudah tidak menjadi rahsia lagi.

Buktinya, Erra Fazira dan Shahir Zawawi sudah mula berkongsi hubungan itu apabila kedua-duanya muncul dalam sebuah majlis berpakaian warna hijau sedondon.

Shahir sudah memuat naik beberapa keping gambar bersama Erra di Instagram ketika menghadiri sebuah majlis berbuka puasa bagi meraikan anak-anak dari Rumah Anak Yatim Fatimah Az-Zahra di Melaka.

Ketawa apa tu Shahir, Erra?

Tetapi yang menjadi perhatian pengikutnya, pasangan itu yang kelihatan malu-malu apabila gambar mereka dirakamkan ketika duduk di meja makan.

Teruk juga Shahir dan Erra diusik peminat apabila mereka tampil sehingga ada yang bergurau pasangan itu kelihatan seperti pengantin baharu.

Haih! Makna kata dah tak lama la nak makan nasi minyak ni? Amin! Shahir pun dah bersedia nak menamatkan zaman bujang.

Shahir Akhirnya Buka Mulut Sedia Kahwini Erra Fazira

Majlis berbuka puasa itu turut diserikan dengan penampilan Siti Nordiana.

Rata-rata peminat yang meninggalkan komen pada gambar itu mendoakan agar mereka segera bertemu jodoh dan mendoakan kebahagian buat Erra dan Shahir.

Tidak kurang yang memuji mereka yang bijak menyembunyikan kisah cinta mereka dan tidak melihat perbezaan umur sebagai penghalang untuk mengecapi kebahagiaan.

Erra Fazira, Shahir Zawawi

Artikel Lain