suria

Ressa Herlambang Bawa Hajat Baru

Ressa (tengah) turut memperkenalkan artis baru pertama naungan produksinya, Fedi (baju biru).

AMAT rindukan hubungan erat yang pernah terjalin antara artis Malaysia dan Indonesia era 1980-an dan 190-an, penyanyi dan komposer Indonesia, Ressa Harlembang ingin mengembalikan suasana tersebut menerusi beberapa agenda yang dirancang.

Ressa, 32, berkata, produskinya Ressa Harlembang Production kini dalam usaha menjalinkan kerjasama kreatif dua hala antara dua negara serantau ini khususnya dalam bidang muzik.

"RH Production akan bekerjasama dengan produksi di Malaysia yang berminat untuk memasarkan produk muzik (single dan album) serta bakat di kedua-dua buah negara menerusi pakej promosi yang disediakan.

"Dengan pengalaman dan hubungan baik bersama pihak media di Indonesia, saya akan memanfaatkan peluang ini untuk mengetengahkan bakat-bakat baru dari Malaysia selain Indonesia mengikut kemampuan mereka berdasarkan pakej promosi yang dipilih," katanya kepada mStar Online.

Ressa popular di Malaysia menerusi lagu Menyesal.

Dalam pada itu kata penyanyi yang popular menerusi lagu Menyesal ini, dia berharap dapat mewujudkan kerjasama yang erat sekali gus menghapuskan stigma bahawa karya-karya dari Malaysia sukar menembusi pasaran Indonesia.

"Saya percaya pada zaman media sosial ini, pintu penerimaan peminat terhadap sesebuah karya itu semakin terbuka luas," kata Ressa.

Ditanya kenapa Malaysia dipilih untuk menjalinkan kerjasama ini, Ressa berkata ia berdasarkan hubungan baik yang pernah terjalin selain melihat Malaysia  banyak persamaan daripada aspek bahasa, budaya, konsep dan penerimaan lagu.

Justeru sebagai permulaan, RH Production akan bekerjasama dengan Sutra Media & Communications untuk merealisasikan misi ini

Menariknya, kedatangan Ressa ke Malaysia pada kali ini tidak bersorangan sebaliknya bersama seorang artis baru pertama naungannya, Fedi.

Baru menginjak usia 17 tahun, Fedi kini tampil dengan single berjudul Jatuh Cinta ciptaan sepenuhnya oleh Ressa Herlambang.

Lagu tersebut telahpun dimuatnaik ke laman Youtube dalam format lirik video dan bakal menjalani penggamabaran klip video rasmi selepas Aidilfitri depan.

Ressa sebelum ini turut pernah mencipta lagu untuk penyanyi Syahrini, Rossa, Rita Hassan dan Ruben Onsu.


Ressa Herlambang

Artikel Berikut

Artikel Lain