Ramlah Ram Masih Mampu Nyanyi Lagu Nada Tinggi - Hiburan | mStar

Ramlah Ram Masih Mampu Nyanyi Lagu Nada Tinggi

Ramlah percaya pengalaman lebih 30 tahun di dalam industri seni banyak membantu.

SIAPA kata penyanyi yang dah berusia mudah 'pancit' bila menyanyi secara live? Penyanyi era 80-an Ramlah Ram membuktikan biarpun sudah berusia setengah abad, dia masih mampu menyanyi lagu-lagu bernada tinggi pada nota asal.

Ramlah, 51, berkata, menjadi satu kepuasan buat dirinya apabila membuat persembahan live menggunakan nota asal tanpa perlu mengubahnya dan perkara itu sudah diamalkannya sejak dulu lagi.

"Entahlah, mungkin sudah menjadi kebiasaan sejak dulu. Bukan niat nak tunjuk hebat tetap demi satu kepuasan.

"Pun begitu saya tidak pula memandang rendah pada artis yang mengubah nota nyanyian kerana lain artis lain caranya, bergantung kepada keselesaan masing-masing," katanya kepada mStar Online.

Vokal Ramlah Ram dipuji ramai apabila dia masih dilihat bertenaga di pentas menyampaikan lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu menggunakan key asal tanpa mengubahnya pada Konsert Kasih & Harapan Ben Nathan, bertempat di Saloma Bistro, baru-baru ini.

Ramlah Ram bakal merakamkan sebuah single bergenre balada tidak lama lagi.

Tambah Ramlah, dalam menjaga mutu vokalnya dia tidak mengamalkan banyak petua selain percaya pada pengalaman yang ditimbanya sebagai anak seni selama lebih 30 tahun yang banyak membantu.

Bercerita tentang perkembangan kerjaya seninya, dia merancang untuk mengeluarkan single terbaru sebelum hujung tahun ini.

"Lagu sudah ada cuma tunggu masa nak rakam sahaja. Untuk kali ini atas permintaan peminat saya memilih genre balada sepertimana lagu-lagu di awal kemunculan saya dahulu,"katanya.

Ditanya tidakkah dia merancang untuk menerbitkan sebuah lagu raya seperti lazimnya dibuat sesetengah artis, ini jawapan wanita kelahiran Muar, Johor ini;

"Sebenarnya saya lebih suka merakamkan lagu yang boleh didengar pada setiap masa dan bukannya mengikut musim seperti perayaan atau sebagainya.

"Justeru, biarlah artis-artis lain yang buat dan saya boleh tumpang berhibur", akhirinya dengan tawa kecil. 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.