Faye Kusairi Tak Akan Kahwin Untuk Tutup Kontroversi

Faye Kusairi akun dirinya tertekan dengan kontroversi yang melanda. Foto LOW LAY PHON

KUALA LUMPUR: Pelakon Faye Kusairi tidak akan berkahwin dengan teman lelakinya, pengarah Azmi Hatta semata-mata untuk menutup semua kontroversi yang sedang melanda mereka ketika ini.

Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 29, bagaimanapun berkata, kekecohan tersebut merapatkan lagi hubungan dan mereka hanya akan berkahwin apabila tiba masa sesuai.

Azmi Hatta.
"Ada orang kata kalau kami kahwin dapat menutup semua cerita tetapi bagi saya situasi sekarang tidak sesuai untuk ke arah tersebut.

"Insya-Allah saya hanya bersedia untuk berkahwin apabila tiba masanya. Setakat ini hubungan kami baik-baik sahaja walaupun banyak dugaan yang datang," ujarnya kepada mStar Online.

Faye ditemui pada majlis memperkenalkan hos Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) di Hotel Renaissance, di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Faye mengakui berasa tertekan apabila terus-terusan dikaitkan sebagai punca keretakan rumah tangga Azmi dengan aktres Elly Mazlein.

Katanya, dia adalah mangsa keadaan dalam kontroversi itu dan mengakui sering menangis apabila dikecam hebat oleh pengikut di laman sosial.

"Saya faham situasi saya sebagai selebriti tetapi sebagai manusia biasa saya juga ada berasa sedih dan menangis apabila pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap saya.

"Saya mangsa keadaan dalam hal ini tetapi Alhamdulillah dugaan yang Allah berikan ini sebenarnya terdapat pelbagai hikmah.

Faye Kusairi.
"Syukur saya masih dapat teruskan kerja seperti biasa, rezeki dalam lakonan pun tidak putus," ujarnya.

Sementara itu, menjelaskan tindakannya yang didakwa menyelar pihak media dengan panggilan bodoh di Twitter miliknya pada Selasa lalu, Faye menjelaskan dia tidak menujukan perkataan itu kepada pihak wartawan.

"Saya ingin memohon maaf kepada anda (wartawan) jika kenyataan saya di Twitter menyinggung perasaan kalian.

"Sejujurnya saya kesal di atas apa yang terjadi dan bukan niat saya untuk berkata demikian kerana ketika itu saya dalam keadaan tertekan.

"Kenyataan itu saya buat kerana provokatif pihak Elly dan bukannya saya memaksudkan media bodoh.

"Twitter pula tidak boleh menulis status panjang jadi saya tidak boleh jelaskan betul-betul," ujarnya.
Faye Kusairi

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain