Alvin Chong Bimbang Peminat Keliru Status Agamanya

Alvin (kiri) bersama pelakon Fattah Amin yang membintangi drama Suri Hati Mr Pilot.

PETALING JAYA: Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Suri Hati Mr Pilot  iaitu Alvin Chong bimbang status agamanya menjadi persoalan atau kekeliruan berikutan dia membawa watak seorang mualaf dalam drama popular berkenaan.

Alvin, 25, berkata, dia cuba memberikan lakonan terbaik dalam membawakan watak Johan dengan menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Arab yang sering digunakan orang Islam.

"Ramai yang bertanya dan keliru tentang agama saya kerana watak Johan dalam drama itu merupakan seorang mualaf.

"Dalam dialog saya memang ada banyak perkataan yang biasa disebut orang Islam, tapi pengarah tidak paksa jika saya tidak mahu buat.

"Malah, saya sendiri meminta pengarah dan penulis skrip untuk menambah beberapa perkataan dalam dialog saya seperti Alhamdulillah dan Insya-Allah termasuk melakukan solat istikharah dalam sebuah babak," ujarnya yang beragama Kristian.

Alvin memulakan kerjaya seninya sebagai penyanyi sejak 2012 dan mempunyai 10 buah lagu dalam bahasa Mandarin, manakala sebuah filem berjudul 3 Brothers.

Alvin Chong.
Dalam pada itu, Alvin berkata, pertama kali berlakon dalam drama Melayu mencabar dirinya untuk berbahasa kebangsaan dengan baik.

Katanya, cabaran tersebut membuatkan dirinya sentiasa bersedia dan membuat kajian sebelum memasuki set penggambaran.

"Bahasa sebagai cabaran utama saya kerana bahasa Malaysia tidak begitu fasih, jadi bila ada pelakon yang mencelah dalam dialog membuatkan saya sukar untuk menyambungnya.

"Saya bimbang jika perkara itu akan membuatkan pelakon senior menjadi marah kepada saya. Nasib baik juga Fattah Amin dan Neelofa banyak membantu saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Alvin berkata, sejak drama tersebut ditayangkan, pengikut laman sosial peribadinya turut bertambah secara mendadak.

Katanya, penambahan lebih 50,000 pengikut itu daripada kalangan peminat Melayu.

"Laman sosial seperti Intagram dan Twitter meningkat secara mendadak selepas drama itu bersiaran, pengikut Instagram kini mencecah lebih 100,000 daripada 50,000," ujarnya.

Drama Suri Hati Mr Pilot yang dibintangi oleh Fattah Amin dan Neelofa bersiaran di Astro Ria setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 10 malam.

Dalam perkembangan nyanyian, Alvin yang kini berada bawah pengurusan E Studios Managment berkata, dia baharu sahaja muncul dengan single lagu Melayu pertama berjudul Lagu Mu ciptaan Omar K.

Katanya, dia berasa gementar dengan penerimaan masyarakat terhadap lagu tersebut.
Alvin Chong, Suri Hati Mr Pilot

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain