"Yang Jahat Semua Saya" - Elly Mazlein - Hiburan | mStar

"Yang Jahat Semua Saya" - Elly Mazlein

Elly bersama anaknya Putri Sara Sefhia yang kini berusia tujuh bulan.

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein berkata dia menerima semua dakwaan dalam akuan bersumpah bekas suaminya pengarah drama Azmi Hatta termasuklah tuduhan kononnya dia melakukan kekerasan dan bersikap terlalu cemburu sepanjang tempoh mereka berkahwin.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, berkata, dia enggan melayan lagi perkara berkenaan yang hanya menganggu fokus terhadap pertandingan nyanyian Gegar Vaganza 3 yang disertainya.

"Sekarang ini yang jahat semua saya, yang tendang terajang, yang busuk semua saya. Tidak apalah saya terima sahaja apa yang dia tuduh kepada saya itu.

"Saya tahu tentang akuan sumpah 'istikharah cinta' setebal 20 helai itu yang boleh dijadikan skrip drama. Biarlah apa dia mahu kata, dia sahaja yang baik dan mulia dalam dunia ini," ujarnya kepada mStar Online pada Rabu.

Azmi Hatta menunjukkan akuan bersumpah yang mengandungi 45 perkara mengenai rumah tangganya sebelum ini.

Elly mengulas tuduhan bekas suaminya pengarah Azmi Hatta pada Selasa yang mendedahkan telah ditumbuk, disepak dan terajang oleh pelakon wanita itu.

Pendedahan itu dibuat dalam akaun bersumpah yang menyenaraikan 45 perkara berkaitan hal rumah tangga yang dibina sebelum ini.

Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly hamil empat bulan.

Terdahulu pada Selasa, Azmi mengadakan sidang media di Taman Tasik Titiwangsa di sini bagi menjelaskan beberapa isu berbangkit tentang perceraiannya dengan Elly Mazlein.

Pengarah itu turut mendakwa Elly bersikap terlalu cemburu sehingga menjadikan beberapa pelakon wanita yang terlibat dalam drama bawah arahannya sebagai mangsa keadaan.

Sementara itu, Elly berkata, dia juga akan menghentikan sindiran di laman sosial Instagram atas permintaan peminat-peminatnya.

"Demi keluarga dan permintaan pengikut saya, saya juga tidak akan muat naik apa-apa kisah berkaitan pasangan tersebut lagi," ujarnya.
Elly Mazlein , Azmi Hatta

Artikel Sebelum

ASK2016 Perkenalkan Kategori Komedi

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain