Zahiril Adzim Masih Dibayangi Watak Daim

Zahiril Adzim tidak kisah sekiranya ada peminat mahu memanggilnya dengan nama Daim.
PETALING JAYA: Pelakon Zahiril Adzim mengakui sukar untuk lari daripada wataknya sebagai Daim menerusi filem Juvana memandangkan ia sudah melekat di hati peminat.

Zahiril, 32, berkata, peranan diterimanya selepas Juvana juga gagal menandingi kekuatan pada watak Daim yang dibawanya. 

"Hendak 'cuci' daripada watak Daim itu memang sukar memandangkan sudah lima tahun Juvana diterbitkan daripada drama bersiri sehinggalah tiga buah filem.

"Saya mungkin boleh lari daripada Daim sekiranya ada naskhah lain yang lebih kuat daripada Juvana sekali gus membolehkan peminat melupakan peranan tersebut.

"Bagaimanapun sehingga hari ini masih belum ada watak yang mampu menandingi kekuatan Daim itu sendiri," katanya kepada mStar Online.

Naskhah terakhir Juvana iaitu Juvana 3: Perhitungan Terakhir sedang ditayangkan di pawagam sejak 29 September lalu.

Peneraju utama Juvana 3: Perhitungan Terakhir; Adam Shahz (kiri), Johan As'ari dan Zahiril Adzim.

Selain Zahiril, filem arahan Faisal Ishak itu turut membariskan pelakon seperti Johan As'ari, Adam Shahz, Nad Zainal, Hasnul Rahmat dan Hafreez Adam.

Dalam pada itu, Zahiril berkata, dia tidak kisah sekiranya masih ada peminat yang memanggilnya dengan nama Daim walaupun trilogi drama dan filem Juvana sudah berakhir.

Zahiril berkata, ia menunjukkan wataknya itu berjaya meninggalkan kesan kepada penonton dan mengakui sering disapa dengan nama berkenaan setiap kali bertemu peminat.

"Rasanya ramai yang tidak tahu nama sebenar saya kerana setiap kali saya bertemu peminat lebih ramai memanggil saya 'Daim' berbanding 'Zahiril'.

"Tetapi tidak mengapa, ia bukan satu isu besar kerana Daim meninggalkan kesan mendalam kepada penonton sehingga ia diingati.

"Walaupun Juvana sudah berakhir tetapi legasi yang ditinggalkan masih kekal dan ia telah menjadi satu jenama," katanya.

Sementara itu, Zahiril memberitahu, penggambaran Juvana 3: Perhitungan Terakhir  adalah paling sukar kerana ia banyak melibatkan banyak aksi yang memerlukan kekuatan fizikal.

Bagaimanapun katanya, disebalik aksi mendebarkan naskhah terakhir itu banyak mengingatkannya kepada drama bersiri yang diterbitkan pada 2011 kerana ia banyak mengangkat tentang persahabatan, pengorbanan dan kesetiaan.

"Juvana 3 memang banyak aksi dan memerlukan tenaga fizikal yang kuat tetapi ia pada masa sama saya berasa puas kerana dapat memberi yang terbaik.

"Naskhah terakhir ini juga mengumpulkan semua barisan asal drama bersiri Juvana lima tahun lalu dan banyak mesej positif diselitkan," ujarnya.

Artikel Berikut

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain