suria

Kumpulan Gamma 1 Penoreh Getah Berjaya

Kumpulan Gamma 1 ketika pelancaran single ketiga mereka.

KUALA LUMPUR: Kumpulan dari Indonesia iaitu Gamma 1 yang dikenali menerusi lagu 'Jomblo Happy' tidak pernah bermimpi untuk popular seperti sekarang memandangkan mereka hanyalah daripada seorang penoreh getah.

Mewakili empat anggota yang lain, vokalisnya Hery, berkata, sehingga kini jika berkesempatan pulang ke kampung mereka di Bangka Belitung, daerah Desa Mancung Indonesia, mereka masih melakukan aktiviti tersebut bagi membantu meringankan beban orang tua masing-masing.

“Sebetulnya anggota Gamma 1 merupakan sahabat dan saudara dari satu kampung sejak kecil selain kami mempunyai hobi yang mendalam pada lapangan muzik dan sering berkumpul menyanyi di jalanan dan di rumah kahwin.

“Biarpun sekarang kami berubah lapangan kerjaya, namun segala kerja di ladang masih kami lakukan sehingga sekarang sekiranya berkesempatan pulang ke kampung,” katanya kepada mStar Online.

Heri berkongsi foto ketika menoreh getah di kampung halamannya.
Heri ditemui pada majlis sidang media pelancaran single ketiga mereka berjudul 'Jomblo Happy' di Hotel Royal Kuala Lumpur, di sini, Rabu.

Selain Heri, kumpulan Gamma terdiri daripada Nilam (vokalis wanita), Along (gitaris) Pandi (bes) dan Andan (pemain keyboard).

Sementara itu Heri yang juga meminati Ezad Lazim ini berkata, mereka menjadi penyanyi salah satu sebabnya untuk memperkenalkan kampung halaman mereka.

“Ini juga antara niat dan hasrat kami menyertai lapangan muzik secara komersil adalah untuk memperkenalkan keindahan kampung kami di Bangka Belitung yang kaya dengan panorama dan  pantai-pantai cantik sepertimana yang pernah tercatit dalam karya Laskar Pelangi,” katanya.

Ini merupakan kunjungan kali kedua kumpulan ini ke Malaysia di mana pada November tahun lalu, Gamma 1 pernah hadir mempromosikan single kedua mereka berjudul Hidup Segan Mati Tak Mahu.
Gamma 1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain