suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon Hong Kong, Aaron Kwok Jalani Penggambaran Di Malaysia

Aaron Kwok

NILAI: Bintang filem Hong Kong iaitu Aaron Kwok berada di negara ini untuk menjalani penggambaran filem terbaharunya di The Xiao En Memorial Park, di sini.

Bagaimanapun selepas menyedari kehadiran wartawan dan jurugambar merakamkan foto di lokasi berkenaan, kru filem terbabit mengarahkan mereka meninggalkan kawasan penggambaran berkenaan.

Sumber berkata, filem Mandarin itu adalah sebuah genre aksi berunsurkan komedi.

Bintang filem China iaitu  Liu Qianyuan dan Liu Tao dikatakan menjadi pelakon pembantu bersama Kwok.

Sumber turut menambah, kira-kira 80 peratus penggambaran filem itu akan dilakukan di Malaysia yang memakan masa sebulan atau lebih.

Dalam pada itu Pengurus Kanan Pemasaran dan Komunikasi pusat peringatan itu, Kidman Kok berkata, selain menaja penggambaran berkenaan, pihakya juga terlibat buat kali pertama membabitkan soal rekaan set.

Katanya, dewan di pusat peringatan itu telah dihias untuk adegan pengebumian mayat.

“Kami juga turut menggunakan bunga segar dari jenis lili dan kekwa yang mana kos keseluruhannya mencecah antara RM30,000 sehingga RM40,000 yang ditaja pihak kami,” katanya.

Katanya, ia merupakan kali pertama mereka terlibat dalam penggambaran filem antarabangsa.

Aaron Kwok

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain