suria

Mia Ahmad Sedia Kahwin, Dating Dengan Penjaga Gol JDT

Mia Ahmad

KUALA LUMPUR: Pelakon yang memenangi dua kategori Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) iaitu Mia Ahmad mengulangi pendiriannya bahawa hubungannya dengan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan masih di peringkat berkawan.

Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 27, berkata, dia lebih selesa mengatakan hubungan mereka masih dalam proses saling kenal mengenali antara satu sama lain dan belum sampai pada tahap bercinta.

“Apa yang boleh saya katakan di sini, kami dalam proses berkawan dan belum sampai di tahap bercinta seperti yang digembar-gemburkan.

"Benar kami pernah dilihat keluar bersama termasuklah kisah kejutan di majlis ulang tahun kelahiran saya yang lalu tetapi kami tidak berdua, sebaliknya ditemani beberapa teman lain," katanya kepada mStar Online.

Mia ditemui pada majlis pelancaran wajah kempen OLIcandy Premium Editon di Berjaya Times Square, di sini, Khamis.

Dalam pada itu, Mia berkata, dia mengenali Mohd Izham hampir setahun lalu namun tidak pernah mengetahui lelaki itu adalah pemain bola sepak pasukan JDT.

"Saya tahu dia pemain JDT pun dari rakan-rakan dan sehingga kini kami berjumpa tidak sampai lima kali.

"Jadi bagaimana boleh timbul isu bercinta," ujarnya.

Sementara itu, Mia mengakui pada usianya sekarang dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga sekiranya dipertemukan dengan lelaki yang mampu memikat hatinya.

Penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi.

"Saya sasar untuk berkahwin pada usia 26 tahun dan ibu bapa saya juga sudah bertanya tentang soal berkenaan tetapi sehingga sekarang masih belum mempunyai calon," katanya.

Menjawab persoalan mengenai kriteria lelaki yang menjadi pilihan hatinya, Mia hanya memberi satu syarat utama di mana dia mahukan seorang lelaki yang tahu menjaga solat lima waktu tanpa memikirkan soal usia.

Bercakap mengenai pemilihannya sebagai wajah kempen tablet kecantikan OlIcandy Premium Edition, Mia berkata, pada awalnya dia berseloroh kepada pengasas produk tersebut iaitu Puteri Zarith agar menajanya menggunakan produk berkenaan.

“Tak sangka pula gurauan itu membuatkan beliau melamar saya sebagai wajah kempen untuk produk tersebut selama empat bulan.

"Tiga minggu diberi peluang mencuba tablet ini, memang saya dapat rasa keberkesanannya. Kulit bertambah cerah dan glowing selain semakin bertenaga.

Mia Ahmad

Artikel Lain