suria

Dramatis Fazren Rafi Dikutuk Rakam Video Anak 'Buli' Kucing

Fazreen Rafi. FOTO: Dari Instagram miliknya.

PETALING JAYA: Dramatis Fazren Rafi, 31, menerima padah apabila dikutuk oleh orang ramai gara-gara dia memuat naik video pendek di Instagram yang memaparkan gelagat anak lelakinya bermain sambil menarik ekor seekor kucing.

Perbuatan itu mula menjadi bualan dan toipik hangan di media sosial sejak pukul 11.40 malam Ahad.

Tidak terhenti di situ, laman Instgram milik pelakon itu juga turut dihujani komen-komen yang meluahkan rasa kecewa dan kesal mereka terhadap video tersebut sambil menyifatkan Fazren dan isterinya gagal mendidik anak dengan cara yang betul.

Imej rakaman video yang sempat dirakamkan orang ramai sambil mengutuk sikap Fazren dan isteri kerana membiarkan anaknya bermain dengan kucing sebegitu rupa.

Video dan gambar cetakan skrin dari Instagram Fazren dan isteri menunjukkan anak lelaki mereka sedang bergurau sambil mengangkat dengan menarik ekor kucing berkenaan yang dipercayai kucing peliharaan.

Foto itu turut memaparkan kapsyen: "Si pembuli #rizqinuwais rumah atok yang nak berpindah #kucing #cat #pembuli.”

Manakala menerusi Instagram isteri Fazren pula, video yang sama turut dimuatnaik dengan kapsyen “#rizqinuwais yang pantang nampak kucing...sian kucing tu hehe."

Sementara itu Fazren dalam Instagram miliknya memohon maaf terhadap apa yang dilakukan itu dan menyedari kesalahan tersebut.

Maaf sangat-sangat... Anak Faz (Fazren) sayang kucing, dia 'happy' bila main dengan kucing, salah Faz upload time dia (bermain) kasar. Lagi sekali Faz moghon maaf dan benda ni tak akan jadi laghi," katanya.

Bagaimanapun, video tersebut sudah dipadam di laman instgram Fazrin setelah dikecam sebelum turut mendapat kritikan  fanpage komuniti pencinta kucing sekitar pukul 2.30 pagi, Isnin.

Fazren Rafi sebelum ini pernah popular menerusi drama SPA Qistina (SPA-Q) dan telah berkahwin dengan Sharifah Marlina Ashikin Syed Hassan, 29, pada 1 Mei 2011.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang anak.

Fazreen Rafi

Artikel Lain