suria

Hubungan Elly Mazlein, Bekas Suami Baik Demi Anak

Elly tidak mahu kongsi kisah perpisahan kepada umum.
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein memberitahu hubungannya dengan bekas suami iaitu pengarah drama Azmi Hatta, 40, akan kekal baik demi anak yang baharu dilahirkan pada Rabu lalu.

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina, 36, berkata, dia enggan menjelaskan punca perpisahan terjadi dan meminta orang ramai serta pihak media menghormati keputusan tersebut.

"Maaf saya tidak boleh komen panjang, cukuplah berita tentang perpisahan kami yang sudah keluar itu, apa yang pasti hubungan kami akak kekal baik demi anak kami yang baru lahir ini.

"lagi pula saya tidak mahu membuka aib mana-mana pihak, cukuplah orang tahu kami sudah berpisah dan tidak perlu tahu lebih mendalam," ujarnya kepada mStar Online.

Azmi Hatta ketika melawat bayinya. Foto dari Instagram Elly Mazlein.

Elly berkata demikian ketika diminta mengulas berita perpisahannya dan suami Azmi Hatta yang dilaporkan berlaku sekitar tahun lalu.

Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2014 pada satu majlis yang diadakan di Surau As Sakinah, bersebelahan kubur ibunya di Puchong, dekat sini.

Elly selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.5 kilogram di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada petang Rabu lalu.

Tambah Elly lagi, dia tidak suka untuk berkongsi berita buruk berkaitan hal peribadinya kepada umum.

"Saya suka kongsi hal-hal yang indah sahaja kepada peminat-peminat, hal-hal sebaliknya saya lebih suka simpan untuk diri sendiri," ujarnya.

Sementara itu Azmi Hatta ketika dihubungi berada di hospital melawat Elly selain mengurskan anaknya yang baharu dilahirkan itu. Dia bagaimanapun tidak dapat mengulas mengenai hal berkernaan.

Azmi kini turut sibuk di lokasi penggambaran drama berjudul Puntianak Sesat Dalam Kampung  terbitan Zeel Production  yang bakal bersiaran tidak lama lagi di Astro Prima.
Elly Mazlien

Artikel Lain