suria

'Kenyataan Ezzaty Kerana Merajuk Dengan Saya' - Azwan Kombos

Azwan tidak menyalahkan tindakan teman wanitanya, Ezzaty Abdullah selepas aktres itu mengeluarkan kenyataan enggan dikaitkan dengannya lagi. Foto THE STAR/HAFIS IDZLA MOHD HAFIDZAN

KUALA LUMPUR: Pelakon Azwan Kombos tidak menyalahkan tindakan teman wanitanya, Ezzaty Abdullah selepas aktres itu mengeluarkan kenyataan enggan dikaitkan dengannya lagi.

Azwan, 30, menjelaskan, Ezzaty berkata demikian kerana timbul salah faham dalam hubungan mereka gara-gara dia memuat naik gambar bersama artis baharu dibawah naungan Metrowealth International Group (MIG) di Instagram iaitu Natasha Charmaine Rickson ketika menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) baru-baru ini.

"Saya ada baca kenyataannya itu tetapi saya tidak menyalahkannya kerana mungkin berkata demikian kerana masih marah dan merajuk ekoran saya memuat naik gambar bersama Natasha di Instagram.

Azwan bersama artis baharu naungan MIG, Natasha ketika menghadiri Festival Fesyen Kuala Lumpur.

"Kami masih bersama sebagai kekasih cuma saya sedang berusaha memujuknya yang masih marah," katanya kepada mStar Online.

Azwan ditemui pada sesi ramah mesra bersama media bersempena Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM27) di Menara Kuala Lumpur di sini, Selasa.

FFM 27 yang bakal mengiktiraf 56 buah filem karya anak tempatan akan berlangsung pada 5 September depan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Dalam pada itu, menjelaskan hubungannya dengan Natasha, Azwan berkata, mereka hanyalah teman biasa selain berkongsi pengurus yang menguruskan kerjaya seni mereka.

Azwan memberitahu sedang berusaha cuba memujuk teman wanitanya.

Tambahnya, pertemuaan dengan wanita berkenaan berlaku secara spontan ketika sama-sama menghadiri ke festival berkenaan.

"Jujurnya Izzati tahu saya pergi ke FWKL tetapi tidak mengetahui saya hadir dengan siapa. Bagaimanapun pertemuan dengan Natasha bukan dirancang sebaliknya berlaku secara spontan.

"Dia adalah artis baharu dibawah MIG dan kami sama-sama berkongsi pengurus yang disediakan oleh pihak syarikat, hubungan kami sekadar teman artis sahaja," jelasnya.

Sementara itu, Azwan berkata, hubungannya dengan Ezzaty serius dan selesa bersama wanita berkenaan selain turut disenangi oleh ahli keluarganya.

Azwan memberitahu hubungannya dengan Ezzaty pada peringkat serius.

Bagaimanapun katanya, sebagai seorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan sebelum ini dia tidak mahu terburu-buru dan ingin lebih saling mengenali hati budi masing-masing.

"Saya sudah lima bulan bersamanya, saya selesa berkawan dengannya kerana saya mampu menjadi diri sendiri selain dia menerima diri saya seadanya.

"Sebelum ini saya pernah bawanya berjumpa dengan abang dan kakak saya dan saya pun pernah bertemu keluarganya tetapi kami masih mengenali hati budi masing-masing," katanya.

Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah.

Artikel Lain