suria

Tarian Melayu Klasik Dipaparkan Dalam 'Ketipang Payung'

Salah satu babak dalam filem Laila Majnun.

PETALING JAYA: Sejarah perkembangan tarian Melayu dalam filem-filem Melayu klasik akan dipaparkan menerusi sebuah program terbaharu berjudul Ketipang Payung.

Program tersebut akan mula disiarkan bermula 18 Ogos, setiap Selasa, pukul 11.05 malam menerusi saluran TV1.

Menariknya, program sebanyak 13 episod arahan Suhaimi Abd Rahman memperlihatkan kehebatan gerak tari penari terkenal yang antaranya Seth Hamzah, Kong Eu, Hamzah Tahir, Dida, Mohd Yusoff, Jumi dan Suhaili Micheline bersama anak didik mereka.

"Menerusi setiap episod diperkenalkan, penonton berpeluang menyaksikan tarian-tarian dalam filem dipilih yang mempunyai pengaruh dengan jalan cerita dan episod pengenalannya dibuka dengan memaparkan tarian dalam filem Aladin dimana tarian Melayu dan Arab digabungkan.

Filem Madu Tiga.
"Antaranya seperti tarian-tarian klasik daripada filem Aloha, arahan B.S Rajhans, Laila Majnun, Anjoran Nasib,  dan Hang Jebat  turut dipaparkan," kata kenyataan media RTM yang diemelkan kepada mStar Online.

Dalam pada itu, tarian daripada filem Madu 3 juga telah diubahsuai oleh penari baharu selain memperkenalkan seorang pereka tari yang telah lama berkecimpung di dalam tarian ‘Tap’ iaitu Kong Eu.

Tarian-tarian lunik lain yang jarang diberi perhatian juga akan dipaparkan dalam program berkenaan.

Bagi mereka yang tidak sempat menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Program ini juga boleh ditonton menerusi rtm mobile dengan memuat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Ketipang Payung

Artikel Lain