"Biarlah Ini Perkahwinan Terakhir" - Abby Abadi - Hiburan | mStar

"Biarlah Ini Perkahwinan Terakhir" - Abby Abadi

Semoga perkahwinan Abby Abadi dan Muhammad Faizal akan kekal buat selama-lamanya.
KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi menjelaskan dia tidak menunggu lama untuk membuat keputusan berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria kerana ingin mengelakkan fitnah.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 38, berkata, biarpun perkenalan mereka singkat namun dia yakin lelaki berkenaan adalah pilihan tepat buatnya.


"Biarpun sudah mengenali suami sejak 2012 tetapi kami tidak rapat dan hanya kembali berhubung akhir tahun lalu.

"Bagaimanapun kami membuat keputusan untuk segera berkahwin kerana ingin mengelak fitnah dan Alhamdulillah majlis pada hari ini (Jumaat) berjalan lancar," katanya kepada mStar Online.

Abby ditemui selepas selesai majlis akad nikahnya yang diadakan di Masjid As-Sobirin Keramat di sini, Jumaat.

Abby dan Muhammad Faizal, 41, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Muhammad Faizal  adalah wartawan kanan di media pembangkang iaitu Harakah.

Majlis akad nikah disempurnakan oleh Imam Masjid As-Sobirin, Osman Daud dan Abby diwalikan bapanya, Abdul Manan Tadin.

Muhammad Faizal menyarungkan barangan kemas ke tangan Abby Abadi.

Abby menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan senaskah Al Quran sebagai pengganti wang hantaran.

Hampir 200 tetamu hadir pada majlis berkenaan termasuk rakan artis Azza dan Sasha Saidin.

Dalam pada itu, Abby berkata, dia terbuka hati untuk menerima Muhammad Faizal kerana sikap rendah diri lelaki berkenaan selain menerima dia seadanya.

"Paling penting dia terima saya seadanya dan seperti pasangan lain saya berharap ini adalah perkahwinan terakhir dan akan berkekalan sehingga ke syurga," ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Faizal berkata, mereka berharap dapat dikurniakan dengan cahaya mata secepat mungkin sebagai penyeri rumah tangga mereka.

"Kalau boleh (nak) kembar... Apa pun kami berharap diberikan rezeki cahaya mata secepat mungkin," katanya yang sudah mempunyai tiga cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Rakan artis Sasha Saidin (dari kiri) dan Azza turut hadir pada majlis pernikahan Abby Abadi dan Muhammad Faizal.

Tambahnya lagi, mereka juga merancang untuk membawa anak-anak bercuti ketika berbulan madu nanti.

Sementara itu, pasangan berkenaan akan diraikan dalam sebuah majlis sederhana di Taman Tasik Titiwangsa Ahad ini.

Terdahulu Abby pernah berkahwin dengan aktor, Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim, 10, dan Maria Danisha Hakim yang berusia tujuh tahun.

Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.
Abby Abadi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain