suria

60 Penyanyi Baru Bakal Gegarkan Kawan Festival

Antara artis yang bakal terlibat dalam Kawan Festival.

KUALA LUMPUR: Seramai 60 kumpulan penyanyi baharu bakal terlibat mengadakan persembahan pada Kawan Festival yang bakal berlangsung di Zebra Square , Jalan Kampung Pandan, di sini pada Sabtu dan Ahad ini.

Menurut penganjurnya iaitu Amir Hafzan Jaafar, walaupun kumpulan penyanyi itu bukanlah daripada kalangan penyanyi arus perdana, namun bakat yang dimiliki masing-masing bakal menghiburkan orang ramai.

"Pihak kami akan menyediakan sebanyak dua  pentas berbeza  iaitu  Acoustic dan sta Electric.

"Saya percaya kehadiran mereka pasti akan membuatkan penonton puas kerana bakat mereka cukup hebat," katanya kepada mStar Online pada Selasa.

Amir ditemui pada majlis pelancaran Kawan Festival di restoran Gajah Duduk Tiga, Taman Maluri, di sini pada Selasa.

Antara pemuzik yang bakal beraksi pada festival itu ialah Radhi OAG , Joe PV , Y2K , Skudap Skudip, Nazim Ifran serta kumpulan terkenal Jepun iaitu Yum! Yum! Orange.

Sementara itu, kata Amir, Kawan Festival juga mempunyai aktiviti dan bengkel, antaranya caricature drawing oleh Tonie KoraKora Art , palletwood oleh Kayanniaga , DIY workshop: Basics silkscreen T-shirt printing oleh Dirty Donuts dan paper mache oleh Sukka Project.

Selain itu, penulis bebas seperti Lejenpress , Pentas Maya Publishing , Pustaka Kolektif turut hadir bagi penyampaian sajak selain tayangan filem pendek yang pernah menyertai pertandingan antarabangsa oleh Pusat Kajian & Apresiasi Filem.

"Jika melihat jadual aktiviti yang disediakan, ia memang padat. Pengunjung bukan sahaja boleh menonton persembahan nyanyian sebaliknya juga boleh turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan.

"Saya harap festival ini akan sukses agar penganjuran Kawan Festival yang kedua dapat diadakan pula," ujarnya.

Untuk maklumat lanjut Kawan Festival , layari www.kawanfest.com


Kawan Festival

Artikel Lain