suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ras Adiba Di ICU Akibat Demam Panas

Ras Adiba - Foto Utusan Malaysia
PETALING JAYA: Personaliti Ras Adiba Radzi, 46, dimasukkan ke Pusat Rawatan Rapi (ICU), di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur akibat demam panas.

Salah seorang ahli keluarganya berkata, bekas pengacara TV3 itu mengalami demam dan segera di hantar bagi mendapatkan rawatan pada Selasa.

“Keadaannya sangat lemah tetapi ia stabil. Saya berharap agar kita dapat doakan kesihatannya,” ujar ahli keluarga yang enggan disiarkan namanya.

Individu berkenaan juga meminta agar nama lokasi tempat rawatannya juga dirahsiakan untuk mengelak gangguan daripada orang ramai kerana wanita berkenaan perlu diberi ruang untuk berehat sepenuhnya.

Ras yang terkenal sebagai pembaca berita sukan Buletin Utama telah bernikah dengan penasihat kewangan iaitu Ilias Yaakop, 46, pada 28 Julai 2013.

Ras Adiba

Artikel Lain