suria

Chef Ismail Pesan Jangan Ambil Makanan Berlebih-Lebihan

Chef Ismail

KUALA LUMPUR: Chef selebriti terkenal iaitu Datuk Chef Ismail menasihati  semua golongan masyarakat supaya lebih berhati-hati dalam hal penjagaan kesihatan dan tidak mengambil makanan secara berlebih-lebihan.

Chef Ismail atau nama sebenarnya Ismail Ahmad, 55, berkata, dia amat risau dengan tabiat itu sehingga ia memberi kesan apabila mereka menghidap penyakit yang serius.

"Takut rasanya apabila melihat kanak-kanak kecil sudah mempunyai masalah penyakit berat badan dan lebih teruk lagi mereka terkena diabetis.

"Ini semua kerana cara pemakanan yang tidak betul. Kebanyakan masyarakat mudah terkena penyakit akibat pemakanan. Apatah lagi dengan pelbagai  bahan pengawet dan pewarna di pasaran yang boleh menjejaskan kesihatan kita," katanya kepada mStar Online di Restoran Rebung di sini pada Selasa.

Chef Ismail yang juga duta produk mi segera Mamee Chef ditemui pada majlis Hari Mamee bagi meraikan sambutan Hari Ibu pada 11 Mei ini.

chef ismail 2
Chef Ismail (dua dari kiri) menunjukkan demonstrasi masakan sambil disaksikan oleh rakan-rakan artis iaitu Ziela Jalil (dari kiri), Karl Shafek dan Aidid Marcello.


Hadir sama pengurus pemasaran Mamee-Double Decker Sdn Bhd, Soong Shan Mee,  penerbit drama, Ziela Jalil, dua pengacara iaitu Aidid Marcello dan Karl Shafek.

Dalam pada itu, Chef Ismail turut  menepis dakwaan  segelintir masyarakat yang menganggap mi segera juga boleh mendatangkan penyakit.

"Berdasarkan mi segera yang saya wakili (Mamee) ia bukanlah sejenis makanan yang memudaratkan kesihatan.

"Bagi saya, sekiranya pola pemakanan kita betul, tidak ada masalah untuk kita memakan mi segera sekali pun," tuturnya.
 
Dalam pada itu semasa majlis Mamee telah meraikan lima pemenang bertuah hasil daripada isian slogan di Facebook sempena Hari Mamee.

"Hari Mamee merupakan salan satu platform yang digunakan untuk mendekatkan jenama Mamee Chef dengan pelanggan bertuah yang dijemput melalui Facebook.

"Pelanggan bertuah tersebut dapat meluangkan masa bersama tiga selebriti jemputan selain menyertai tiga jenis aktiviti disediakan oleh pihak Mamee," ujar Soong Shan Mee.

Chef Ismail

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain