suria

Pengarah Filem 'Pulp Fiction' Saman Portal Bocor Maklumat

Quentin Tarantino.
Quentin Tarantino.

LOS ANGELES: Pengarah filem Pulp Fiction iaitu Quentin Tarantino menyaman sebuah laman web gosip Gawker Monday bagi menuntut ganti rugi AS$2 juta (RM6.6 juta) kerana membocorkan maklumat lakon layar sebuah filem terbaharunya yang masih dirahsiakan.

Tarantino, yang mengumumkan pembatalan filem terbaharunya, The Hateful Eight pada minggu lalu, melabelkan Gawker sebagai 'kewartawanan murah' kerana membocorkan maklumat berhubung maklumat lakon layar setebal 146 muka surat yang disiarkan secara dalam talian oleh sebuah laman web.

"Tindakan undang-undang perlu diambil kerana Gawker Media dan defendan lain melanggar akta hak cipta dengan menyebarkan salinan penuh maklumat lakon layar itu.

"Gawker Media telah membuat urus niaga 'kewartawanan murah', melanggar hak asasi manusia untuk mendapat keuntungan.

“Kali ini mereka bertindak melebihi jangkauan," menurut dokumen undang-undang yang difailkan di mahkamah persekutuan di California, Amerika Syarikat.

Dokumen tersebut di e-mel kepada agensi berita AFP oleh peguam Tarantino iaitu Evan Spiegel.

Dalam penyataan tuntutan itu, Tarantino, menamakan Gawker Media dan ANONFILES.COM, laman web tanpa nama yang menyiarkan maklumat tersebut sebagai defendan.

Namun, Gawker dalam reaksi balasnya berkata, syarikat itu tidak membocorkan maklumat berkenaan tetapi menegaskan ia sekadar berita yang disiarkan secara dalam talian.

Pengarah filem, dan Django Unchained itu bertegang urat dengan Deadline.com pada minggu lalu, mempertahankan kenyataannya bahawa maklumat itu dibocorkan oleh seseorang yang ada kaitan dengan enam individu yang lain yang berpeluang untuk membaca skrip tersebut.

"Saya amat kecewa... Saya menghasilkan skrip, draf pertama dan saya tidak mahu memulakan penggambaran sehingga musim sejuk akan datang, setahun dari sekarang. Saya memberikan salinan itu kepada enam individu dan nampaknya ia didedahkan," katanya pada Selasa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain