suria

KRU Bakal Terbit Filem Patriotik Perang Mogadishu

Norman memberitahu filem berkenaan bakal mengangkat pengorbanan dan pengalaman tentera Malaysia semasa peperangan di Mogadishu, Somalia kira-kira 20 tahun lalu.
Norman memberitahu filem berkenaan bakal mengangkat pengorbanan dan pengalaman tentera Malaysia semasa peperangan di Mogadishu, Somalia kira-kira 20 tahun lalu.
Norman memberitahu filem berkenaan bakal mengangkat pengorbanan dan pengalaman tentera Malaysia semasa peperangan di Mogadishu, Somalia kira-kira 20 tahun lalu.

PETALING JAYA: KRU Studios bakal menghasilkan sebuah filem berbentuk patriotik berdasarkan pertempuran yang berlaku di Mogadishu, Somalia kira-kira 20 tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, filem yang masih dalam peringkat perbincangan dan penyelidikan itu bakal mengangkat perjuangan dan pengorbanan tentera Malaysia dalam peperangan tersebut.

"Pihak KRU Studios merancang untuk menghasilkan sebuah filem patriotik tetapi tidak terlalu berbentuk melodrama atau pun biografi kerana bimbang ia tidak akan dapat menarik minat penonton.

"Filem itu nanti akan lebih kepada aksi namun mengekalkan perspektif dan perjuangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat dalam peperangan tersebut," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Norman berkata, filem tersebut dihasilkan bukan bermaksud memburuk-burukkan tentera Amerika Syarikat yang dianggap hero dalam peperangan tersebut sebaliknya ia memberi fokuskan kepada pengalaman tentera Malaysia yang terlibat dalam peristiwa itu.

Malah kata Norman, isu tersinggung tidak sepatutnya timbul kerana pihak Amerika sendiri telah membikin filem berkenaan dengan menggambarkan tentera mereka sebagai wira sebenar.

"Versi yang kita ingin hasilkan ini adalah untuk menceritakan pengalaman dan perjuangan tentera kita ketika di sana.

"Tidak timbul sebarang isu kerana filem ini akan dihasilkan bukan untuk menghentam mereka tetapi mengangkat pengorbanan tentera Malaysia," ujarnya.

Untuk rekod, Amerika Syarikat pernah menghasilkan filem Black Hawk Down pada 2001 mengisahkan peristiwa yang berlaku di Mogadishu.

Bercakap lanjut mengenai projek terbaharu itu, Norman berkata, sebuah dokumentari khas akan dihasilkan mengenai kisah di Mogadishu sebelum penggambaran berlangsung tahun hadapan.

Bagaimanapun kata Norman pihaknya masih belum memutuskan barisan pelakon yang bakal membintangi filem tersebut.

"Kita juga akan cuba mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa untuk meminta pandangan dan nasihat selain kebenaran mendapatkan bahan dan maklumat mengenai kejadian itu," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain