suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aizat Tidak Berhasrat Popular Dengan 'Go Gerila'

Aizat Amdan
Aizat Amdan
Aizat Amdan

KUALA LUMPUR: Kumpulan muzik Go Gerila tidak pernah berhasrat untuk menjadi popular ataupun terlibat secara serius dalam aliran muzik arus perdana.

Vokalisnya, Aizat Amdan, 24, berkata, kumpulan tersebut hanya ditubuhkan bagi mendapatkan kepuasan yang berbeza berbanding muzik yang biasa dibawakannya.

"Kami tidak terfikir untuk berada serius dalam industri, ia hanya sebuah projek muzik untuk kami membuat beberapa percubaan dalam karya muzik.

"Lagi pula kesemua ahli kumpulan Go Gerila mempunyai komitmen masing-masing dan tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya," katanya kepada mStar Online.

Selain Aizat, Go Gerila turut dianggotai oleh abangnya Anas Amdan, Amir Jahari, Ashroff Shariff, Ruviyamin Ruslan dan Mohamad Firdaus.

Kumpulan ini telah melancarkan sebuah mini album pada Jun lalu yang diterbitkan oleh Kasi Gegar Entertainment dengan memuatkan tujuh buah lagu iaitu Perjalanan, Hadiah, Pemergian, #1 dan Blackout.

Mereka turut merakamkan semula dua buah lagu iaitu Bisa Bonar dan Cinta Kristal nyanyian asal Datuk Hattan dan Datuk M. Nasir.

Tambah Aizat, dia gembira lagu genre muzik 'experimental rock' yang diketengahkan mula diterima masyarakat tempatan.

"Kalau dulu muzik sebegini agak sukar diterima di negara ini, tapi lama kelamaan ada pengikut tersendiri.

"Apa-apa pun buat masa ini saya utamakan nyanyian solo terlebih dahulu kemudian barulah memberi tumpuan kepada kumpulan ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Aizat berkata, dia bakal melancarkan album mini pada Disember ini dengan menampilkan kolaborasi bersama beberapa rakan artis.

"Album saya akan dilancarkan dalam masa terdekat mungkin Disember atau Januari depan, album ini akan memuatkan lagu duet bersama Yuna, Zee Avi dan Azlan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain