Teresa PalmerPELAKON Teresa Palmer yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan Mark Webber mengumumkan khabar gembira tentang kehamilan melalui lama instagram peribadinya.Teresa memuat naik gambar-gambar mengenai kandungannya di laman sosial tersebut dan menyatakan perasaan gembiranya ketika ini. "Di sini hatiku berada, untuk anakku tercinta aku sangat beruntung menjadi ibumu dan kami sudah lama menanti kehadiranmu," tulisnya pada gambar tersebut.Pasangan ini bertunang pada awal bulan lalau namun belum ada pengumuman tentang tarikh perkahwinan mereka setakat ini.