suria

Kamal Adli Akui Takut Untuk Kahwin

Kamal bersama kekasihnya Intan Ladyana ketika memperagakan jam tangan terbaharu keluaran Alfio Raldo.
Kamal bersama kekasihnya Intan Ladyana ketika memperagakan jam tangan terbaharu keluaran Alfio Raldo.
Kamal bersama kekasihnya Intan Ladyana ketika memperagakan jam tangan terbaharu keluaran Alfio Raldo.

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli mengakui masih belum bersedia dan takut untuk melangkah ke alam perkahwinan bersama kekasihnya iaitu aktres Intan Ladyana.

Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 27, bagaimanapun berkata, itu bukan bererti dia tidak serius dalam hubungan tersebut sebaliknya mengakui masih banyak perkara perlu dilaksanakan sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

"Saya belum mendapat 'seru' lagi untuk berkahwin dan sementara itu saya sedang melengkapkan diri untuk ke arah tersebut," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Koleksi Terbaharu Gaya Metropolitan Alfio Raldo di Hotel Royale Chulan di sini, Khamis.

Kamal dan Intan turut dijemput untuk menjayakan pertunjukan fesyen dengan mengayakan koleksi jam tangan terbaharu jenama itu.

Dalam perkembangan sama, Kamal berkata dia takut untuk berkahwin selepas melihat beberapa kenalan artis yang gagal mempertahankan rumah tangga mereka.

Oleh sebab itu kata Kamal, dia mahu mempersiapkan diri dengan ilmu berumah tangga selain menyediakan kelengkapan untuk bakal isterinya supaya tidak timbul masalah selepas berkahwin.

"Saya tidak mahu berkahwin hanya kerana ingin puaskan hati orang lain tetapi hanya bila saya dan Intan benar-benar bersedia yang akhirnya akan menghancurkan kami.

"Banyak perkara yang sedang saya fahami dan pelajari sekarang ini dalam mempersiapkan diri. Insya-Allah tiba jodoh pasti kami akan bersatu," jelasnya.

Sementara itu, Intan atau nama sebenarnya Nurladyana Mohamat Yahya, 31, berkata, sebagai seorang perempuan dia meletakkan soal tersebut kepada pihak lelaki untuk membuat keputusan dan tidak mempunyai masalah dengan pendirian teman lelakinya itu.

"Soal ini saya tidak boleh nak kata lebih-lebih kerana tidak manis namun hubungan kami berjalan dengan baik dan kami saling mempercayai," katanya.

Dalam perkembangan lain, Kamal memberitahu dia kini sibuk menjalani penggambaran beberapa buah drama untuk siaran pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Artikel Sebelum

Artikel Lain