suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Brad Pitt & Angelina Jolie Mahu Tambah Anak

Pasangan Brad Pitt dan Angelina cukup senang dikelilingi anak yang ramai.
Pasangan Brad Pitt dan Angelina cukup senang dikelilingi anak yang ramai.
Pasangan Brad Pitt dan Angelina cukup senang dikelilingi anak yang ramai.

HIDUP bersama enam orang anak nampaknya belum cukup buat pasangan selebriti Brad Pitt dan Angelina Jolie apabila mereka dikhabarkan mahu menambah seorang lagi anak angkat.

Menurut laporan The Sun Angelina tertarik untuk mengambil seorang anak perempuan dari Yordania, Syria selepas mengunjungi kem pelarian di negara itu.

Selain itu, Brad dan Angelina juga mahu menambah seorang lagi anak kandung dan jika dikira, pasangan itu bakal memiliki seramai lapan orang anak.

Bagi Brad dan Angelina, lebih ramai anak adalah lebih baik," kata sumber.

Saat ini pasangan itu telah memiliki tiga orang anak angkat sebelum ini iaitu Maddox, 11, dari Kemboja, Pax, 9 (Vietnam) dan Zahara, 8, (Etopia).

Manakala tiga orang anak kandung iaitu Shiloh, 7, yang lahir di Namibia serta anak kembar Vivienne dan Knox (4 tahun) pula lahir di Perancis.

Artikel Sebelum

Artikel Lain