suria

Reputasi Uji Rashid Tercalar Kerana Laporan Salah

Uji terkilan dengan laporan kononnya dia menarik diri daripada menjayakan Malam Amal Bersama Tiga Diva bagi mengumpul dana untuk Persatuan Ibu Tunggal Selangor yang bakal berlangsung pada Jun ini.
Uji terkilan dengan laporan kononnya dia menarik diri daripada menjayakan Malam Amal Bersama Tiga Diva bagi mengumpul dana untuk Persatuan Ibu Tunggal Selangor yang bakal berlangsung pada Jun ini.
Uji terkilan dengan laporan kononnya dia menarik diri daripada menjayakan Malam Amal Bersama Tiga Diva bagi mengumpul dana untuk Persatuan Ibu Tunggal Selangor yang bakal berlangsung pada Jun ini.

PETALING JAYA: Penyanyi Uji Rashid mengakui terkilan dengan laporan kononnya dia menarik diri daripada menjayakan Malam Amal Bersama Tiga Diva bagi mengumpul dana untuk Persatuan Ibu Tunggal Selangor yang bakal berlangsung pada Jun ini.

Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al Rashid, berkata, laporan berkenaan telah mencalarkan reputasi dan namanya sebagai seorang penyanyi dan menganggap perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

"Saya terkilan dan terganggu apabila ada laporan yang mengatakan saya menarik diri daripada membuat persembahan pada malam tersebut hanya disebabkan saya gagal menghadirkan diri pada sidang media pertama sebelum ini.

"Saya hanya mengetahui berita berkenaan apabila ada rakan-rakan yang menelefon untuk bertanyakan tentang kebenaran perkara itu," katanya kepada mStar Online.

Uji ditemui pada sidang media kedua Malam Amal Bersama Tiga Diva yang diadakan di Restoran Khadijah’s Kitchen di sini, Selasa.

Selain Uji, turut menjayakan persembahan itu nanti adalah Datuk Sharifah Aini dan Datuk Khatijah Ibrahim.

Majlis itu akan berlangsung pada 12 Jun depan di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 malam.

Menjelaskan perkara berkenaan, Uji berkata, pada sidang media yang diadakan pada 8 Mei lalu beliau tidak dapat menghadirkan diri kerana mempunyai komitmen lain di Rawang, Selangor.

Kata Uji, beliau telah memberitahu kepada pihak penganjur mengenai perkara itu dan tidak menyangka ia akan diperbesar-besarkan oleh segelintir pihak kerana kegagalannya muncul pada hari tersebut.

"Saya orang lama dalam industri dan bukannya artis baru yang ingin mengejar publisiti murahan dengan berbuat demikian. Sudah tentu saya rasa terkilan dengan kejadian tersebut kerana ia tidak benar.

"Tidak bererti saya tidak datang saya menarik diri. Ia adalah dua perkara berbeza. Bagaimanapun, ia cuma satu salah faham yang tidak sepatutnya terjadi," jelasnya.

Sementara itu, Uji berkata, salah faham tersebut sudah pun selesai dan dia sendiri sudah tidak sabar untuk bergandingan dengan Sharifah dan Khatijah pada malam tersebut.

Katanya, walaupun pernah bekerjasama dengan dua nama besar itu, persembahan amal berkenaan merupakan pertemuan pertama bagi tujuan kebajikan.

"Apa yang paling penting sekarang adalah objektif utama persembahan ini diadakan dan saya sangat teruja untuk membuat persembahan pada malam itu nanti," jelasnya.

Artikel Lain