suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adam Levine (Maroon 5) Ubah Fikiran Mahu Kahwin

Adam Levine
Adam Levine
Adam Levine

VOKALIS kumpulan Maroon 5 iaitu Adam Levine yang sebelum ini pernah meluahkan hati tidak percayakan perkahwinan mengakui dia kini sudah mengubah fikirannya itu.

Menurut laporan portal Contactmusic, penyanyi yang sedang bercinta dengan wanita berusia 21 tahun iaitu Nina Agdal berubah fikiran selepas melihat sahabatnya Blake Shelton dan isteri, Miranda lambert begitu bahagia sebagai suami-isteri.

"Melihat rumah tangga Blake, mereka cukup bahagia. Ia membuatkan saya rasa mahu kahwin juga. Mungkin akan sampai masanya nanti," kata Adam.

Sebelum ini Adam mengakui dia tidak mahu berkahwin kerana enggan terlibat dengan penceraian pada masa akan datang kerana ia antara perkara yang paling tidak disukainya.

Sebelum Nina, Adam yang merupakan juri program The Voice pernah menjalinkan hubungan dengan model Victoria Secret iaitu Behati Prinsloo.

Behati juga sering menjadi model untuk kebanyakan klip video lagu-lagu Maroon 5.

Artikel Lain