suria

Jaden Smith Nafi Bercinta Dengan Kylie Janner

BERITA tentang hubungan pelakon Jaden Smith dan Kylie Janner sering menjadi perhatian media. Namun akhirnya Jaden tanpil memberi kenyataan terhdap hubungannya dengan adik Kim Kardashian itu.

Seperti dilapor Digital Spy, Jaden menafikan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Kylie, malah menegaskan hubungan tersebut hanya sebagai teman rapat.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Jaden ketika diwawancara oleh Kiss FM pada Jumaat bahawa dia tidak ragu-ragu menyatakan mereka tiada sebarang hubungan istimewa.

"Saya suka Kylie dan juga kakaknya Kendall Jenner, tapi mereka cuma teman baik sahaja," ujarnya.

Kebelakangan ini, Jaden dan Kylie sering terlihat bersama di tempat-tempat awam, malah Jaden pernah emmebritahu bahawa Kylie seorang gadis manis.

Artikel Lain