suria

Rashid Sibir Sedia Dikritik Kerana 'Awan Dania The Movie'

Rashid sedia terima kritikan terhadap filem terbaharunya, Awan Dania The Movie.
Rashid sedia terima kritikan terhadap filem terbaharunya, Awan Dania The Movie.
Rashid sedia terima kritikan terhadap filem terbaharunya, Awan Dania The Movie.

KUALA LUMPUR: Pengarah filem terkenal, Rashid Sibir sudah bersedia menerima kritikan kerana filem terbaharunya, Awan Dania The Movie dihasilkan tidak mengikut versi drama bersirinya.

Rashid berkata, kritikan adalah perkara normal apabila sesebuah siri popular diangkat menjadi sebuah filem dan perbandingan pasti akan berlaku.

"Apabila sesebuah siri difilemkan ia tidak perlu mengikut versi asal dan saya sedar ia akan dikritik dan sebagai pengarah saya sedia dengan perkara itu," jelasnya kepada mStar Online.

Awan Dania The Movie dilakonkan oleh Scha Al Yahya, Rusdi Ramli, Elly Mazlein, Jehan Miskin, Ruminah Sidek, Hans Isaac dan Dee (Jangan Ketawa).

Ia bakal berada di pawagam bermula 14 Mac ini.

Dalam pada itu, Rashid berkata, kelainan yang cuba ditampilkan dalam filem itu dibuat supaya tidak mengulangi apa yang telah ditonton oleh peminat menerusi versi drama bersiri yang pernah disiarkan sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, watak utama iaitu Dania lakonan Scha Al Yahya masih dikekalkan dan tumpuan mengenai kehidupan percintaannya menjadi tunjang utama jalan cerita filem itu.

"Keistimewaan filem ini adalah terletak kepada para pelakonnya terutama watak Dania lakonan Scha yang tampil sedikit berbeza berbanding versi drama bersiri sebelum ini.

"Kita sengaja memberi nafas baru kepada karakter itu bagi menampakkan sisi lain watak yang telah biasa dilihat menerusi drama bersirinya," jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai punca filem itu terperap hampir tiga tahun, Rashid berkata masalah teknikal adalah penyebabnya.

Malah kata Rashid, masalah itu telah diselesaikan pada awal 2012 namun keadaan pasaran filem yang tidak menentu ketika itu telah membuatkan pihak penerbit menangguhkan ke tahun ini.

"Ia bukan disebabkan masalah bajet seperti sesetengah dakwaan tetapi teknikal yang kita sendiri tidak menyangka ia akan berlaku," ujarnya.

Artikel Lain