suria

Jim Carrey Benci Berdiet Untuk Filem Terbaharu

Jim Carrey.
Jim Carrey.
Jim Carrey.

PELAKON Hollywood Jim Carrey mengakui benci apabila perlu menjalani diet ketat untuk memegang watak dalam filem terbaharunya berjudul The Bncredible Burt Wonderstone.

Carrey, 51, berkata, dia merasakan untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik adalah sangat sukar dan menyeksakan.

"Ia sangat sukar untuk memastikan bentuk tubuh kekal cantik terutamanya apabila sesuatu watak dalam filem memerlukan kita berbuat demikian.

Pelakon itu memegang watak sebagai ahli silap mata bernama Steve Gray dalam filem tersebut.

Dalam pada itu, Carrey berkata, dia berasa lega apabila penggambaran filem itu telah tamat dan membolehkan dia kembali menambah berat badannya yang telah hilang.

Selain Carrey, pelakon Hugh Jackman pernah mengamalkan diet ekstrem dengan hanya meminum air dalam waktu tertentu sebagai persediaan untuk wataknya dalam Les Miserables.

Artikel Lain