suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jaden Smith Bercinta Dengan Adik Kim Kardashian

Jaden Smith dan Kylie Jenner
Jaden Smith dan Kylie Jenner
Jaden Smith dan Kylie Jenner

LONDON: Aktor remaja yang sedang meningkat naik, Jaden Smith dikhabarkan sedang bercinta dengan adik tiri Kim Kardashian iaitu Kylie Jenner.

Anak kepada pelakon Will Smith itu dilihat sedang menikmati makan tengah hari bersama-sama kekasih barunya itu di Caffe Nero, London.

Menurut US Magazine, mereka sudah dua hari berada di bandar tersebut untuk menghadiri pesta ulang tahun penyanyi popular Justin Bieber.

Bintang filem Karate Kid ini dilaporkan kelihatan santai dengan mengenakan baju dan seluar hitam. Sementara Kylie memakai jaket hitam dan bersepatu “boot”.

Sementara itu, satu sumber memberitahu pasangan ini masih belum bercinta secara rasmi dan sedang mengenali antara satu sama lain.

"Mereka memang keluar bersama namun masing-masing baru kenal dan buat masa ini masih menjadi teman baik," katanya seperti dipetik US Magazine, pada Selasa.

Sebelum ini, Kylie yang baru berusia 15 Tahun sempat digosipkan bercinta dengan penyanyi Australia Cody Simpson namun dinafikannya.

Artikel Lain